Saturday, May 24, 2008

Exam oh exam


Alhamdulillah.

"exam is just around a corner."

Apakah?? makin dekat makin bersyukur? aku sudah tidak betul. =p

bukan begitu. semakin dekat exam. semakin dekat dengan kesedaran. janganlah dah terhantuk baru nak terngadah. betul tak? dan secara optimisnya. semakin dekat dengan cuti. yeahhh!! holiday!!

okkk. cukupla segmen tidak matang saya. berikut adalah jadual peperiksaan yang bakal saya dan empat sahabat petronas lain hadapi.

saturday 14 june 2008 - EART2231-Earth Materials (practical)

bakal dilangsungkan selama sejam setengah. diberi beberapa jenis batu beserta seksyen nipis (thin section) yang berada di payung yang sama iaitu 'igneous rock'. para pelajar perlu meneliti dan membuat tafsiran mengenai struktur-struktur, mineral-mineral yang ada dan juga menamakan batu itu berdasarkan 'IUGS classification of igneous rock'. boleh dikatakan sebagai killer paper sebab lecturer yang amat 'best'. berjumlah 20%

Monday 16 June 2008 - EART2231-Earth Materials (theory)


selama 3 jam 10 minit. soalan-soalan berkisar tentang igneous dan sedimentary rocks. dari perbezaan struktur kimia mineral-mineral sampailah berkaitan dengan magma dan pembentukan gunung-gunung berapi. amat banyak yang perlu dibaca. semuanya berjumlah 45%. dan semuanya memerlukan usaha yang gigih dan berterusan. insyaAllah

Wednesday 18 June 2008 - PETR2510-Petroleum Engineering Fundamentals

Yes!! inilah paper yang ditunggu-tunggu. unit yang diajar oleh lecturer yang berasal daripada europe utara yang amat sukar untuk memahami apa yang dikatanya. ibarat mendengar seorang russian berbahasa english. walau bagaimanapun lecturer pada kali ini turut menyertakan soalan mengenai perkiraan tensor stress dan sebagainya. bagi bab theory, rasa-rasanya tiada apa-apa masalah. bila masuk bab calculation, itulah masalah yang kebanyakan students alami. soalan-soalan berkenaan dengan exploration oil and gas sehingga production oil and gas. juga akan dilangsungkan selama 3 jam 10 minit. berjumlah 60%. amat banyak jika dibandingkan dengan yang lain.

Wednesday 25 June 2008 - EART2201-Introduction to Geographic Information Systems

7 hari break dan ini menyebabkan saya tidak akan sentuh unit ini sampailah habis exam PETR2510. seperti kebanyakan paper-paper sebelumnya, exam ini juga akan dilangsungkan selama 3 jam 10 minit. apa yang akan ditanya? segala yang berkaitan dengan GIS dan applicationnya. boleh dikatakan agak sukar. berjumlah 40%

29 June -6 July 2008 - EART2232 Field Geology

field trip selama seminggu di Ninghan Station (tempat dimana tiada menerima line hp) amat menguji kekuatan fizikal dan mental para pelajar. study akan tertumpu kepada 'geology of the northwestern Yilgarn Craton'. pelajar akan 'dibebaskan' untuk mengumpul data dan menganalisa semua data-data yang terkumpul. bertolak dari kem pada pukul 7.30 am dan akan pulang approximately pukul 5.30 pm. kami digalakkan oleh lecturer untuk mempunyai sepasang kasut yang tahan lasak dan selesa kerna kami akan berjalan kaki selama hampir 10 jam untuk 5 hari berturut-turut. dan pada petang (29 june) kami sudah perlu memulakan fieldwork kami. aduh. selepas 8 jam (kalau tidak silap) berada di dalam bas. keluar-keluar terus membuat kerja (panjat bukit minta jauh seperti 1st year field trip). akhir sekali, report perlu dihantar sebelum pulang ke perth untuk penilaian. berjumlah 65%


Selepas itu barulah saya dan 4 sahabat yang lain menikmati winter break kami.

sekian

sama-samalah kita berdoa kejayaan anda dan kami semua.

amin

salam gembira ketika dihimpit kesibukan

*gambar - kredit untuk akak kepada saudara mochenkt

Friday, May 23, 2008

Warkah buat Teman

Teman,
andai racun kau hulurkan,
madu akan ku pulangkan,
andai pedang yg kau hunus,
jiwaku akan ku serahkan,

Ketahuilah,
aku cuma inginkan kebaikan buatmu…
kerna kau teman seaqidahku,
kerna kau teman seperjuanganku,
kerana kau hamba Tuhanku,
kerana Allah kita bersatu.

Ketahuilah…
perjuangan ini masih panjang,
tidak usai sepagi sepetang,
sebaliknya berterusan hingga ke liang,
bertalu-talu ujian kan mendatang,
tapi ku harap kita kan tetap berpegang,
kalimah Allah terus dijulang,
dari Allah kita datang,
kepada Allah kita pulang…

Augustus ke-8, 2007 Masihi
Perth

*disumbangkan oleh seorang teman yang bersama-sama berjuang bersama saya di bumi Perth ini.

Wednesday, May 21, 2008

Jangan Kamu Marah

Lemah Lembut Dan Menahan Amarah Kelemahlembutan adalah akhlak mulia. Ia berada diantara dua akhlak yang rendah dan jelek, iaitu kemarahan dan kebodohan. Bila seorang hamba menghadapi masalah hidupnya dengan kemarahan dan emosional , akan tertutuplah akal dan fikirannya yang akhirnya menimbulkan perkara-perkara yang tidak diredhai Allah SWT dan rasulNya.

Dan jika hamba tersebut menyelesaikan masalahnya dengan k ebodohan dirinya , nescaya ia akan dihinakan manusia. Namun jika dihadapi dengan ilmu dan kelemahlembutan , ia akan mulia di sisi Allah Ta' ala dan makhluk- makhluknya. Orang yang memiliki akhlak lemah lembut, insyaAllah akan dapat menyelesaikan problema hidupnya tanpa harus merugikan orang lain dan dirinya sendiri.

Melatih diri untuk dapat memiliki akhlak mulia ini dapat dimulai dengan menahan diri ketika marah dan mempertimbangkan baik buruknya suatu perkara sebelum bertindak. Kerana setiap manusia tidak pernah dipisahkan dari problema hidup, jika ia tidak membekali dirinya dengan akhlak ini, nescaya ia gagal untuk menyelesaikan problemanya.

Demikian agungnya akhlak ini sehingga Rasulullah memuji sahabatnya Asyaj Abdul Qais dengan sabdanya;
" Sesungguhnya pada dirimu ada dua perangai yang dicintai Allah yakni sifat lemah lembut ( sabar ) dan ketenangan ( tidak tergesa - gesa ) ". HR. Muslim

Akhlak mulia ini terkadang diabaikan oleh manusia ketika amarah telah menguasai diri mereka, sehingga tindakannya pun berkesan negatif bagi dirinya ataupun orang lain. Padahal Rasulullah sudah mengingatkan dari sifat marah yang tidak pada tempatnya, sebagaimana beliau bersabda kepada seorang sahabat yang meminta nasihat; " Janganlah kamu marah.
" Dan beliau mengulanginya berkali-kali dengan bersabda; "Janganlah kamu marah". HR. Bukhari Dari hadith ini diambil faedah bahawa marah adalah pintu kejelekan, yang penuh dengan kesalahan dan kejahatan, sehingga Rasulullah mewasiatkan kepada sahabatnya itu agar tidak marah. Tidak bererti manusia dilarang marah secara mutlak. Namun marah yang dilarang adalah marah yang disebabkan oleh hawa nafsu yang memancing pelakunya bersikap melampaui batas dalam berbicara, mencela, mencerca, dan menyakiti saudaranya dengan kata-kata yang tidak terpuji, yang mana sikap ini menjauhkannya dari kelemahlembutan.

Didalam hadith yang shahih, Rasulullah shalallahu 'alahi wa sallam bersabda; " Bukanlah dikatakan seorang yang kuat itu dengan bergulat, akan tetapi orang yang kuat dalam menahan dirinya dari marah". Muttafaqqun'alahi Ulama telah menjelaskan berbagai cara menyembuhkan penyakit marah yang tercela yang ada pada seorang hamba, iaitu :

1. Berdoa kepada Allah, yang membimbing dan menunjuki hamba-hambaNya ke jalan yang lurus dan menghilangkan sifat-sifat jelek dan hina dari diri manusia. AllahTaala berfirman;" Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina." QS Ghaafir : 60

2. Terus-menerus berzikir pada Allah seperti membaca Al-Quran, bertasbih, bertahlil, dan beristighfar, kerana Allah telah menjelaskan bahawa hati manusia akan tenang dan tenteram dengan mengingat Allah. Allah berfirman;" ( Iaitu ) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. " QS Ar-Ra'd : 28

3. Mengingat nash-nash yang menganjurkan untuk menahan marah dan balasan bagi orang-orang yang mampu menahan amarahnya sebagaimana sabda Nabi Shalallahu 'alaihi Wasallam; " Barangsiapa yang menahan amarahnya sedangkan ia sanggup untuk melampiaskannya, ( kelak di hari kiamat ) Allah akan memanggilnya di hadapan para makhlukNya hingga menyuruhnya memilih salah satu dari bidadari syurga, dan menikahkannya dengan hamba tersebut sesuai dengan kemahuannya " HR. Tirmidzi, Ibnu Majah dan dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani

4. Merubah kedudukan ketika marah, seperti jika ia marah dalam keadaan berdiri maka hendaklah ia duduk, dan jikalau ia sedang duduk maka hendaklah ia berbaring, sebagaimana sabda Rasulullah Shalallahu alaihi Wasallam; " Apabila salah seorang diantara kalian marah sedangkan ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kalau telah reda / hilang marahnya ( maka cukup dengan duduk saja ), dan jika belum hendaklah ia berbaring." Al-Misykat 5114

5. Berlindung dari syaitan dan menghindar dari sebab-sebab yang akan membangkitkan kemarahannya. Demikianlah jalan keluar untuk selamat dari marah yang tercela. Dan betapa indahnya perilaku seorang muslim jika dihiasi dengan kelemahlembutan dan kasih sayang, kerana tidaklah kelemahlembutan berada pada suatu perkara melainkan akan membuatnya indah. Sebaliknya bila kebengisan dan kemarahan ada pada suatu urusan, nescaya akan menjelekkannya.

Rasulullah Shalallahu alaihi Wasallam bersabda; " Tidaklah kelemahlembutan itu berada pada sesuatu kecuali akan membuatnya indah, dan tidaklah kelembutan itu dicabut kecuali akan menjadikannya jelek." HR. Muslim

diambil daripada http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=93&thread_id=3003&pid=37883%20#post_37883

Saturday, May 17, 2008

Muslim Footballer First Eleven

Keeper

Hadari. (Al-Ahly/Egypt) - 2 times best goal keeper of africa

Defender

Lilian Thuram (Barcelona/France)

Kolo Habib Toure (Arsenal/Ivory coast) - “bring prayer mat to training ground..” reporter.

Bakary Sagna (Arsenal)

Eric Albidal (Bacelona/France) - “He has been photographed many times carrying a copy of the Noble Qur’an at his training kits.” reporter.

Midfielder

Yaya Toure (Barcelona/Ivory coast) - “After moving from France’s Monaco for 10 million euros, talented midfielder Toure made it clear that practicing Islam, including fasting, does not affect his successful soccer career. He was named by Eurosport in 2005 as one of the most promising young players in the world.“

Frank Bilal Ribery (Bayern Munich/France )- “Fasting and get the best bundesliga player of the month..” Ribery said..

“Seeing Ribery while raising his hands and supplicating to God as any typical Muslims do makes me feel proud,” Ribery said..

“Islam is my source of strength either in or outside the playground,” he said. “I lead a difficult career and I was determined to find peace of mind, and I finally found Islam.” Ribery said.

Zinadine Yazid Zidane (Real Madrid/France) - 3 times best player of the world..

Mohamad Abou Terika (Al-Ahly/Egypt) -”sympathize with gaza..”

Striker

Frank Kanoute (Seville/Mali)

“Save a mosque in sevilla”

“Siapa yang tidak mengetahui ajaran Islam, tidak akan tahu bahwa puasa memberi kekuatan, dan bukan kelemahan. ” kata kanoute.

Nicolas Anelka aka Abd Salam Bilal (Chelsea/France)

“Allah menyukai Mukmin yang kuat daripada mukmin yang lemah”hadis…

D`luffy…

sumber:hanyagerhana.blogspot.com

Salam. diambil dari laman web iLuvIslam :
http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=76&thread_id=2649&rowstart=30

Alhamdulillah. saya berharap pemain-pemain ini dapat menperjuangkan Islam dan berdakwah secara langsung ataupun tidak langsung. mengenai zidane saya kurang pasti, sebab saya dengar diar tidak mengamalkan ajaran Islam sangat. dan kalau tidak silap saya, samir nasri from marseille (new zidane) juga beragama Islam. wallahua'lam

Mari kawan-kawan. kepada yang berada di luar negara. nak berdakwah senang sahaja. tunjuk akhlak yang baik kepada kawan-kawan kita yang beragama lain. insyaAllah. hati diorang akan terbuka untuk menanyakan tentang agama Islam.

Salam

=)

Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Guru

aku masih ingat time zaman sekolah2 dulu. time zaman aku masih baru nak mengenal ayat. masih baru nak mencongak masalah. masih baru nak menyesuaikan diri dalam kehidupan seharian. banyak pengalaman2 yang aku lalui. dari dikejar anjing (primary) sampailah megejar anjing (secondary). dari dikutuk cikgu sampailah dipuji cikgu. but bukanla semua pengalaman2 yang akan aku kongsi ngan korang sume (kalau sume xgrad la aku). cume beberapa sahaja yg ingin dikongsi kerana kekangan masa dan sebagainya.

mungkin ramai orang akan mengatakan yang pengalaman2 yg aku akan kongsi nie merupakan pengalaman pahit. but bagi aku. pengalaman nie adalah satu bentuk ajaran yang lain drpd yg lain yang diberikan drpd Allah melalui mereka2 yang dipilih-Nya.

*****************************************************************************

ketika aku di sekolah rendah. aku pernah didenda dan diasingkan ketika perhimpunan rasmi. atas alasan baju kotor dan sebagainya. memang. memang baju aku tersangat kotor. aku bermain bola dan blari2 sebelum sekolah bermula (sekolah petang). jatuh berguling sepak tergolek adalah perkara biasa. but perlukah sampai aku diaibkn dengan sebegitu rupa? aku baru berumur 7 tahun. masih mentah dan masih perlukan bimbingan mengenai kebersihan. tetapi aku sudah diasingkan dan diberitahu perihalku di khalayak ramai. cikgu2, abang2 dan kawan2 memandang sinis kpd aku.

"eii. kotornye baju budak tue"

eh eh. aku nk g skolah ke ladang neh? herm. hanya Allah sahaja yg tahu betapa malunye aku. namun sekarang. aku sedar. yang jika cikgu tidak memberitahu tentangku di khalayak ramai. tentu aku akan berulang2 kali bermain sebelum sekolah bermula. semenjak itu. aku tidak pernah bermain secara membabi-buta.

*******************************************************************************

pernah ketika berada di darjah 4. aku pernah ditampar oleh guru disiplin (dia mengajarku sains). ketika itu. kami dikehendaki menyalin apa yang dikatanya. ketika tiba part "isi tempat kosong". aku mula tidak memberikan tumpuan sepenuhnya. sebab dia tidak mengajar. tetapi suruh budak2 salin bulat2 ape yg dikatanya. bila tiba masa aku menghantar buku untuk disemak. tiba2 aku ditampar drpd cikgu aku itu (dia merupakan seorang yg panas baran. harap maklum). dia pun mengherdik kepadaku

"labah-labah ade 8 kaki!!!yang kau tulis 6 nie pahal???"

buku aku dilontarkan ke luar kelas. aku terkelu. aku tidak sangka aku akan membuat kesilapan sebegitu. mungkin aku hanya menyalin bulat-bulat apa yg ditafsir dalam otakku? atau mungkin dia yang tersalah cakap? ahhhh. dengan ingin membuktikan aku tidak bersalah. aku pun menyemak dengan kawanku. oh tidak. kesalahan itu berpunca daripada diri aku sendiri. itulah natijah yang aku terima apabila tidak menumpukan perhatian dlm kelas. selepas itu. aku jarang tidak memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelasnya. sampaikan kebanyakan dalam kelasnya aku banyak mendiamkan diri untuk mengelakkn diri daripada menerima habuan 'indah' daripadanya.

dan hasilnya. aku mendapat markah antara yang tertinggi dalam subjek itu.

*******************************************************************************

ketika aku berada di tingkatan satu. ketika itu aku ketua tingkatan. aku diberi kepercayaan penuh oleh cikgu2 yang mengajarku ketika itu. namun aku yang masih mentah telah menggunakan kepercayaan itu dengan sewenang2nya. ianya pertama kali aku buat. dan juga yang terakhir sekali. aku pernah ponteng sekolah selama 2 hari berturut-turut. aku pergi g CC untuk bermain counterstrike pada hari pertama dan pergi ke petrosains pada hari ke 2. pada hari ke 3. aku menyerahkan "surat tidak hadir ke sekolah" kepada guru tingkatanku. keesokan harinya. beliau menghubungi ibuku untuk mendapatkan kepastian sama ada aku benar2 ke Kedah (perkahwinan saudara) atau aku hanya meniru sign ibuku.

sudah terang lagi tersuluh. tembelangku pecah akhirnya. ibuku dikehendaki hadir ke sekolah untuk membincangkan hal ini dengan guru tingkatanku. aku berada di sisi ibuku ketika itu. ibuku menangis teresak-esak mengenangkan perilaku anaknya yang 'derhaka' kepada kepercayaan yang diberikan olehnya. aku merayu agar perkara ini tidak dibawakan ke pengetahuan pengetua (sebab ini merupakan kesalahan yang besar di sekolahku). guru tingkatanku bersetuju dengan syarat; aku berjanji tidak akan ponteng kelas lagi dan belajar bersungguh-sungguh demi membayar balik kepercayaan yang telah aku hilangkan. aku mengangguk bersetuju.

keluar sudah keputusan tingakatan satu. aku mendapat keputusan yang cemerlang dan layak memasuki kelas elit (4 kelas terbaik). hutangku selesai sudah. aku bersungguh-sungguh berterima kasih kepada guru tingkatanku itu. jika tidak kerana beliau. mungkin aku sudah dibuang sekolah atas rekod disiplin yang mengecewakan. oh ye. kedatangan aku pada tahun itu dan tahun-tahun selepas itu amat membanggakan. walaupun tidak mendapat sijil kedatangan penuh, tapi aku berbangga kerana semua cuti yang diambil telah diluluskan sendiri oleh doktor2 yang berkelayakan.

***********************************************************************************

tercapai sudah hasratku untuk memasuki sekolah berasrama penuh. sebenarnya bukan itu hajat sebenar aku. hajat yang asal hanyalah untuk merasai suasana dan konsep sekolah yang berlainan. agar peribadi yang lebih baik dapat dibentuk dalam diriku.

terlalu banyak yang aku belajar ketika di asrama. dari kehidupan peribadi sampailah kehidupan di sekolah. dari kebersihan katil sampailah kebersihan iman. di asrama, dengan melihat manusia yang serba-serbi peribadinya, membuatku lebih matang dalam menilai sesuatu. banyak yang aku belajar daripada guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan.

pernah satu ketika. dalam kelas bahasa inggeris. aku terlupa untuk membuat kerja rumah ketika itu. ketika guruku menyuruh sesiapa yang tidak menyiapkan kerjanya supaya berdiri. aku pun berdiri. terdapat beberapa orang berdiri bersamaku. kemudian beliau berkata (sambil tidak memandang ke arah kami).

"I don't want to see your faces. get out please"

kami terpinga-pinga. hanya diam seribu bahasa. lalu beliau menyambung

"hey, tak faham english ke? I said get out from my class kan? get out!!"

masing-masing kecut perut. tetapi nasib baik kami sempat mencapai buku yang mengandungi kerjanya itu. kami duduk di kelas yang kosong sambil menyiapkan kerja yang diberikan itu. kemudian, setelah siap, masing2 berbelah bahagi untuk kembali semula ke kelasnya dan meminta maaf atau menunggu sehingga kelasnya berakhir dan bersua dengannya. setelah 5 minit berbincang. akhirnya kami bersetuju untuk kembali semula. aku diminta untuk mengetuai "rombongan" kerana aku boleh dikatakan first time tidak membuat kerjanya. dengan berat hati, aku pun bersetuju.

sekembalinya kami di muka pintu kelas

"Assalamualaikum teacher. we'd like to apologize for the mistake that we've done. can we enter this class and let us study with our friends?"

beliau memandang kami dan bertanya kepada kelas sama ada mahu membenarkan kami kembali belajar. kelas sepakat suara mengatakan

"yes teacher!"

alhamdulillah. begitulah kisahnya. jika tidak kerana beliau, rasa-rasanya aku akan sering kali terlupa mengenai kerja rumah dan pastinya hukuman-hukuman cikgu lain lagi teruk kesannya.

********************************************************************************

keadaan di asrama pula berbeza. aku pernah dirotan dengan kuatnya kerana bangun lambat. ketika itu sudah pukul 6 dan solat subuh di surau ialah pada pukul 6.15. kesannya kekal untuk 2-3 hari. bukan aku sengaja bangun lambat. aku dah terjaga pada pukul 5.30. tetibe disebabkn tdo lambat semalam menyebabkan aku memilih untuk melelapkan untuk 5 min (budget arr. huhu). kemudian. selepas itu. aku jarang tido selepas kol 12.30. dlm kol 12.20. aku sudah mula berbaring2 di atas katil. dan aku akan set jam aku supaya berbunyi pada pukul 5.20. 10 min lg awal dari loceng umum (warden). selalunye. budak2 tak bangun lagi. tapi aku sudah pun siap berpakaian sekolah. kemudian aku akan sambung tido secara menyandar dan akan terjaga apabila warden mula memasuki bilik (xdela kantoi. huhu)

mungkin sebab itula. sampai sekarang kebanyakan waktu tidur aku adalah pada pukul 12.30 malam dan aku selalunye akan tdo selama 5-6 jam bergantung kepada keperluan. alhamdulillah. jika tidak kerana rotan berbirat tue. aku mungkin tidak dapat mendisiplinkan diri aku seperti sekarang.

*********************************************************************************

terima kasih cikgu! jasa-jasa cikgu sume amat2 saya hargai! hanya Allah sahaja yang dpt membalas segala jasa budi cikgu sume. semoga cikgu-cikgu bahagia di dunia dan akhirat. amin

94 - Tadika Capital, Jln Gurney
95-00 - S.K. St. John 2, Jln Bukit Nenas
01-03 - St John's Institution, Jln Bukit Nenas
04-05 - Sekolah Alam Shah, Putrajaya
06 - KDU College, PJ


huhu. sekian sahaja entri saya. agak panjang. nk cover tuk masa depan kot. coz exam bermula pd 14 dan hbs pd 25 june. doakan saye dan rakan2 di sini.

Salam =)

Kite bakar jer!!



KAKITANGAN SPR Daerah Port Dickson dan Ibupejabat SPR negeri memusnahkan kertas undi pilihanraya ke-12 bagi kawasan Parlimen Teluk Kemang di tapak pembakaran sampah Sua Betong, hari ini. Foto- Mohd Amin Jalil


Memusnahkan kertas undi?
betul. memang kite patut memusnahkan kertas undi. lagipun dh xgune dah. xkanla nak buat lap2 meja lak kertas undi tue. but the thing is. CARA yg diorang gunekn nak hapuskan kertas undi tue

kenapa diorang bakar? coz cara tue yg paling murah and menyenangkn diorang?

herm. mungkin jika saya berfikir spt 2-3 tahun yang lepas. mungkin bila saye melihat gambar nie. tak ade masalah langsung. bagusla diorang bakar kat tapak pembakaran sampah. xdela ganggu jiran2 sangat.

yerp. tue pemikiran saye 2-3 tahun lepas. but semenjak mula menuntut ilmu di negara maju nie. ape yang saye rase skang ialah perbuatan mereka amat tidak betul. coz tidakkah mereka prihatin akan masalah yang kita (satu dunia) yg sedang hadapi skang nie? dimana food crisis yg semakin meruncing, kekerapan taufan yg semakin menjadi2, kenaikan aras laut (dimana akan menenggelamkn beberapa bandar di malaysia) dan kejadian2 yg sebagainya. semuanya disebabkn oleh global warming. atau pemanasan global.

mungkin ade orang akan tertanya2, "sea level rise maybela ade kene mengene, but yg lagi 2 tue ape kaitan dier?"

actually. salah satu faktor terjadinye krisis makanan nie ialah perubahan cuaca yang mendadak (menjadi semakin panas) oleh sebab itu, desertification semakin menjadi2 menyebabkn production makanan pon berkurangan. untuk sebab taufan plak. salah satu sebab taufan terjadi ialah apabila suhu laut adalah tinggi. sekitar 30+ (betulkan kalau silap). semakin panas suhu laut. semakin kerap la taufan terjadi. ade dier nye mekanisma dier. xnak share di sini coz bukan main topic pon. huhu

sambung balik. perbuatan membakar kertas tue sangatla membazir. dhla meningkatkn bilangan carbon dioxide kt udara (which contributes to global warming) kemudian menyumbang kepada kepupusan pokok2. pokok2 nie penting bagi menjaga bumi nie. sume orang tahu kepentingan pokok. dari kecik lagi dh belajar kepentingan pokok. but kenapa masih ade segilintir (or maybe majority) yang macam xtahu jerk pasal bende nie? bukankah elok kalau kite mengitar semula kertas2 tue? bukan susah sangat pon. ye ye. mungkin sesetengah org akn cakap.

mane ko nk cari tong kitar semula kt msia nie?

memang. memang susah nak cari tong kitar semula kt msia. but time kempen kitar semula (time kite kecik2 dulu). ade kite follow? (even aku pon xfollow). cume bile aku dh datang sini. mula2 jarangla gune recycle bin nie. but bile start keje cleaner. tengok diorang nie CONCERN gle ngan environment (well i guess). coz kalau kt setiap bilik lecturer tue. mesti ade 2 bins. satu recycle. satu yg biase. n kebanyakannye follow dengan buang barang2 yang leh recycle dlm bin yg betul.

coz pernah sekali. time tue plastik tuk taruk recycle nye sampah dh penuh. so time tue cm malas nk buka plastik baru (coz tinggal lg 2 bilik lg). saye pon masukkn dlm plastik yg bukan tuk brg recycle. sat g kene tegur dengan supervisor (kebetulan dier lalu lak. aisehh). die ckp bende nie boleh direcycle. baik recycle. coz if dier aku. dier xnk anak2 dier hidup sengsara atas perbuatan dia. perghh. tajam gler wehh.

but memang betul ckp dier. dunia nie bukan kite bagi kat anak2 kite. kita pinjam daripada diorang. so kenela jage elok2. xlehla suka suki nk bwat kerosakan kt dunia nie.

papepon. entri kali nie agak environmentalist sket n singkat (busy sedikit). huhu. tetibe trase kesan di hati lak ble usha gambar tue. sekian

salam kesibukan dikala projek2 besar

Sunday, May 11, 2008

35 Petua Pelajar Cemerlang Dato Dr Fadzilah Kamsah

( DR. FADZILAH KAMSAH )

PELAJAR CEMERLANG AKAN
Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut
Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

a). kita ingat 10% apayang dibaca
b). kita ingat 20% apa yang didengar
c). kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
d). kita ingat 70% apa yang dicakapkan
e). kita ingat 90% setelah dipraktikkan

1. Belajar secara aktif dengan pen/ pensil ditangan

2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu ( tidak termasuk kerja rumah )

3. Belajar dalam persekitaran kondusif
a). pastikan cahaya adalah terang
b). kurangkan gangguan bunyi
c). tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
d). tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
e). kerusi dan meja menghadap kiblat
f). janagan lupa untuk senyum

4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan

5. Mengulang kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku / nota, ingat kembali, lakar / tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan

6. Tahu teknik merangsang memori:
a). memasukkan maklumat dalan memori ( registration )
b). menyimpan maklumat dalam sel memori ( retention )
c). mengingat kembali ( recall )
d). menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain ( application )

7. Sentiasa awal dan mendahului
a). persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru
b). pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya
c). belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan

8. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar

9. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru

10. Mempunyai teknik membaca yang betul
a). duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
b). membrika tumpuan sepanuhnya
c). menggunakan jari telunjuk untuk membaca
d). menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas

12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan
13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih

14. Mengadar rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji

15. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri ( study according to your biologicl clock ).

16. Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas,selepas baca al-quran / zikir selepas riadah dan selepas berdoa

17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar ( kita akan lupa 80% selepas belajar )

18. Mengulang kaji secara persendiran atau berkumpulan

19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sbelum peperiksaan.

20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa

22. Tahu petua mengulang kaji
a). cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
b). siapkan semua ?bekalan? dengan sempurna
c). duduk tegak dikerusi yang selesa
d). baca doa penerang hati
e). baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
f). fikir dan ingat kembali isi utama
g). catat / lakar
h). semak semula ketepatan maklumat
i). ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
j). buat rumusan
k). jawab soalan
l). tampal maklumat yang rumit di dinding
m). baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya

24. Tahu petua-petua agar tidak lupa
a). jangan makan kepala ikan
b). jangan makan organ dalaman
c). jangan minum semasa makan
d). jangan minum atau makan makana yang tercemar oleh semut
e). jangan melihat kemaluan
f). jangan melihat buih
g). jangan membaca nama pada batu nisan
h). banyakkan makan makanan yang mengan dungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
i). banyakkan makan kismis, kurma dan madu
j). banyakkan makan kekacang
k). pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
l). jangan makan sehingga terlalu kenyang
m). jangan kencing berdiri

25. Tahu kemahiran mengingat
a). tampal nota-nota penting di dinding
b). tukar perkataan, ayatb atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
c). gunakan kaedah akronim
d). reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
e). pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

26. Cekap mengatur jadual belajar
a). mempunyai jadual belajar
b). patuh kepada jadual
c). buat jadual yang boleh diikuti

27. Tidak menangguh belajar disaat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar

28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahjui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatka penyelesaian dari orang yang lebih arif

29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar

30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa

31. Membawa nota kemana-mana sahaja ( kecuali ke tandas )

32. Pelbagaikan tempat belajar

33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya

35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
a). taat kepada Allah
b). mendirikan sembahyang
c). menghormati kedua ibu bapa dan setiasa mendoakan mereka
d). hormati & sayangi gru
e). bersungguh-sungguh dal;am melakukan kerja untukmencapai kecemerlangan
f). suka pada setiap mata pelajaran yang disukai
g). membantu rakan yang memerlukan
h). berdoa dan bersyukur kepada Allah
i). sentiasa bertawakal
j). mahir dalam setiap mata pelajaran

**dipetik dari http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=74&thread_id=2081&pid=33531%20#post_33531