Saturday, March 19, 2011

Ujian

Assalamualaikum

Saya nak kenalkan dengan salah seorang bos kitorang ni. Oh bos kitorang ni baik orangnya. Tersangat lah baik. Lembut pandangannya. Redup renungannya. Manis senyumannya. Kata-kata bos saya ni memang sangat mendamaikan jiwa. Senyuman memang tak lekang di bibir. Pandang je sure senyum. Pandang je sure senyum. Mukanya bersih. Dan tenang. Dengan jambang yang tersusun rapi. Alim orangnya. Haa bila kitorang panggil dia bos. Nanti dia kata,

“Eh pakcik bukan bos.”

Oh ya. Dia membahasakan dirinya pakcik dengan kitorang. Kitorang pun cam teragak-agak nak panggil pakcik ke, En. X ke. Haihh. Tak pasal-pasal kitorang lak ada konflik dalam diri. Kann? So last2 kitorang mengalah gak. Panggil je la pakcik. Lagi mesra dan rapat. Ye dak? Mana tahu anak dia cun melecun ke. Bapa mentua dah sangat baik dah. Memang ngam la! *oihhh ejul menyimpang!

Anyway, berbalik pada entry post ini.

Lately, ada satu khabar yang sedih disampaikan kepada kami.

Anak pakcik ni telah meninggal dunia beberapa hari yang lepas ini. Mati lemas. Tersentap jiwa kami mendengarnya. Itulah janji Tuhan:

‎"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan:”kami telah beriman,”sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta..(Al-Ankabut: 2-3)"


Buat pertama kalinya, orang alim yang berada dekat dengan saya diuji sedemikian rupa. Hati kecil saya tersentuh, walaupun berada beratus-ratus kilometer jauh daripada dia. Hanya iringan doa yang mampu saya sampaikan. Semoga hatinya tabah menghadapi dugaan.

Terdetik hati ini, kalau orang yang alim macam dia pun ditimpa dugaan sebegitu? Bagaimana dengan kita yang kerdil ni? Oh come on ejul. Ini baru kecil ni. Belum tengok lagi saudara-saudara kita di Bumi Islam yang lain. Yang ditindas dan diuji pelbagai dugaan. Kalau benda itu terjadi pada kita. Adakah kita mampu?

Allah akan menguji kita, malah Allah dah uji dah orang-orang sebelum kita. Janji Allah itu pasti.

Oh tapi usah khuatir. Dia tidak akan membebankan lebih daripada kesanggupan hambaNya.

Kalau kita teliti kan, sebenarnya semua ujian yang menimpa kita, semuanya akan membuatkan kita rasa dekat dengan Allah.

Betul tak? Yela. Terpeloót sket. “Ya Allah…sakitnyaa.”

Kan? At least ada la seketika kita teringat kat Tuhan. Kalau tak. Langsung lupa. Jemput mengaku. Saya mengaku. Astaghfirullah.

Tapi jangan dok ngaku-ngaku je. Improve nya takde. Kita muhasabah la *haa bagi ayat baik sket. Muhasabah diri. Dan menjadi individu yang lebih baik. Ni baru masyarakat cemerlang, gemilang dan terbilang! Oh please jangan kaitkan dengan politik please. I hate that.

I was tested by Him. Up to my limit. And I prayed like I never prayed before.

Haa. Dah kene uji baru nak ingat Tuhan bukan? Tapi alhamdulillah. Saya bersyukur dengan ujian yang diberikanNya. Now I’m more close to Him. Dah start mulakan hidup yang baru. Dulu kata-kata Allah ponteng2 baca. Sekarang alhamdulillah. Saya sangat berharap ianya berkekalan. Help me O Allah. Jom kita saling menolong k? Saya tolong ingatkan awak. Awak tolong ingatkan saya. Boleh? =)

Anyway, baru saya sedar perbuatan bodoh saya selama ini. But deep in my heart?

Herm. He knows better.

Eh I don’t think I’ve reached my limit yet la.
The test isn’t end yet.
After seeing all the tests to other people (losing someone they love, losing houses etc, fighting for freedom etc), I believe that this is just the beginning.
Bigger test is coming.
But at least now I am more than ready to face it.
Since I know that there is hikmah behind it.
And since I believe that He always tests His believers.

Sorry for the gloomy mourning post. Just to ponder myself.

And I did it for you. For your own good.

Assalamualaikum.

Nor Azizul Mohamad

Friday, March 18, 2011

Re: additional information

To You,

Thank you for your prompt reply. Please find the following events:

1. You and Me pergi tengok teater
2. You and Me pergi naik genting
3. You and Me jog di tepi tasik
4. You and Me makan yong tau fu di tepi pantai
5. You and Me pekena cendol taiping?
6. You and Me pergi jalan2 kemana2 spontaneously

The events sequence is still in the midst of planning, however all events will be conducted after the ‘You dan Me panjat Broga Hill’ event. Please have a look and feel free to add up if you have anything wonderful in mind.

Do not hesitate to contact me if you have any inquiries. Thank you.


Kind Regards,

Nor Azizul Mohamad
You’s Bestfriend
“Handsome, kacak dan bergaya secara luar biasa”

*************************************************************************************


Oiihhhh. apa yang ko mengarut ni ejul?

Monday, March 14, 2011

My Dear

My Dear

There are times that will bring you down

Will bring the tears out of you

Will bring sadness onto you

Will bring everything, just to make sure you have your gloomy mourning day

When it comes, just remember

I will always there for you

I will always care for you

I will always protect you


My Dear

Remember?

You’ve got me as your shoulder

Although I know I can’t do much

But I will be everything you want

Name it

Sponge?

Bucket?

Anything dear, anything

Just to make sure you have your shiny days ahead

That is only I hope

And my wish to you


My Dear

You are strong do you know that?

Oh

You are much stronger, my apology

Stronger than you think

That sadness is just the beginning

Taking all the tears you’ve got

Please don’t let it takes all the tears from you dear

Save it for the tears of joy

Tears of cheerful

Tears of pleasure

Save it for the future


My Dear

Remember you said the other day?

That rain predicts rainbow?

And rainbow predicts hope and happiness?

Hold it tight

Put in mind

That there will always be a shining thunder in dark clouds

There will always be a rainbow

We just have to know it where

Eh no need to worry

As long we know the rainbows are there

No need to kacau2 them la

What we have to do is

To believe

That they are there

Shining brightly

Giving happiness to everybody

Colouring the world

The world that you are going to live in

And breathe in


I will always be there

For you

Always



Nor Azizul Mohamad

14th March 2011

11.15 pm

Thursday, March 10, 2011

Sabar, syukur dan bahagia

''Uihh kak nita oiii. tengok si senah tuu. Suami dia belikan beemer 5 series tuuu. ''

''Bang2, jiran seblah baru tukar sofa ikea tu bang. Cantik sofa dia bang. Esok teman gayah g ikea boleh bang? Alang2 boleh pekena meat ball skali bang. Dah lama gayah tak makan meat ball ikea yg padat dan yummy tu bang’’

''Anak sedara cik kiah itu baru renovate rumah bang. Besar rumah dia bang. Abang taknak beli tanah belakang umah tu ke bang? Boleh besarkan dapur sket. Senang kitorang nak gosip2 kat dapur bangg’’

Ah haaa. Cuba teka apa persamaan dialog2 diatas? Cepat…cepat..cepat…ok lambat. Korang perhatikan betul2. Yang bercakap semuanya perempuan. Ye dak? Apa maksudnya anak2? Kaum perempuan niii kann….

Ok dah. Cukup2 nak ngumpat. Assalamualaikum kepada semua anak2 pada hari ini. Semoga sihat2 dan maintain comel selalu ye. Macam pakcik kecik2 dulu *ah haih!*

Pakcik alhamdulillah seperti biasa. Selagi diri ini masih bernafas, selagi minda ini masih berfikir, selagi mulut ini masih boleh berbicara, pakcik akan sentiasa seperti biasa.

Anyway, berbalik pada tajuk kita pada hari ini iaitu Bagaimana mahu menjadi kaya? Sebut je pasal kaya, sume pun

Wohaaaa! Ka ching$$$!! *mata bertukar menjadi duit

Eh apa ni pakcik? Jangan tipu budak2 boleh tak?

Oh ok. Pakcik tipu je mata boleh bertukar menjadi duit tu. Korang jangan percaya membabi buta lak. Haa kan babi dah kuar.

…………………….-_-
*oh bagi sesapa yang tak tahu. Symbol di atas merupakan symbol hambar ye rakan2.

Okk. Mari kita sambung sesi sharing kita ni. Hari ini pakcik nak ajar hangpa suma bagaimana nak menjadi kaya. Tak kisahla hangpa suma nak kata kaya duit ka. Kaya ilmu ka. Kaya dengan budi pekerti ka. Lantak hangpa la. Pakcik bahagia je ngan makcik kamu tu. *ok yang ni hambar tak tipu

Bercakap pasal soal kaya duit. Pakcik mempunyai satu wawasan yang nak dikongsi bersama semua. Ni wawasan pakcik time awal2 masuk kerja dulu la. Pakcik bercita2 nak mempunyai asset berjumlah 1 juta by the time pakcik reach 30. Ah haa. 30? Pakcik ni umur berapa? Rahsia. Acece budget artis. Lempang pakcik skang boleh?

Dulu pakcik selalu fikir. ‘’uihhh. Bestnya kalau dapat jadi kaya. Boleh beli kete besar. Rumah besar. Jalan jauh2. G merata2 tempat.’’

Korang pun ada fikir camtu kan? oh come on. Mengaku je la. Pakcik tak kata korang salah pun kan? so better angguk je. Takyah nak cebik2 muka.

Yela. Kalau dah ada duit banyak. Semua senang. Nak beli senang. Nak itu senang. Nak g ni senang. Betul tak? Kannn. Pakcik pun suka gak benda yang senang2 ni. Seronok memikirkannya. Bahagia.

Eh bahagia ke?

Bahagia ke bila kita ada duit yang sangat banyak ni?

Bahagia ke bila kita boleh pergi kemana2 yang kita suka?

Bahagia ke kalau kita boleh beli apa sahaja yang kita suke?

Bahagia ke kalau rumah besar 3 tingkat? *oh sakit kaki adela

Haa. Cuba anak2 tepuk dada kuat2. Pastu jerit. Eh apa maksud bahagia bagi diri aku? Jerit kuat2 tau. Tak nak jerit sila tutup page pakcik sekarang.

Benarkah kalau kita dapat semua tu kita akan bahagia?

Pakcik hari tu berkesempatan bersarapan di muara sungai yang sungguh nyaman. Sungguh indah. Sungguh damai. Kemudian, pakcik terserempak dengan beberapa orang kampung di situ. Pakcik tengok diorang. Happy. Senyum. Muka berseri-seri. Oh cuba kita bandingkan dengan orang kl waktu pagi. Tension. Tak senyum. Muka toyo. Sebab apa eh?

Sebab diorang ingat jadi kaya baru bahagia ke?

Sebab diorang ingat keje penat2 so that bila dah kaya kemudian bahagia?

Owh kesian rasanya. Pakcik pun kesian kat diri sendiri gak. Pakcik pun cam diorang gak la. Gi keje pepagi. Naik putra usha2 awek. Kalau awek senyum baru la pakcik senyum. Kalau tak. Jangan harap. Oh pakcik memang ego.

Tapi bila pakcik bersemuka dengan mereka2 yang benar2 bahagia. Pakcik terasa…
Rendah diri

Eh sebelum tu camne pakcik tau diorang bahagia?

Ah lantak pi la. Janji appearance diorang nampak bahagia. Pakcik assume la bahagia.

Ok sambung. Pakcik pernah dengar Ustaz MAZA cakap. Lebih kurang ginila dia cakap. Pakcik ada tambah2 sket tau. Biasalah nama pun warisan orang. Dongeng la jadinya. Kang nanti kalau pakcik cakap lain sket. Korang jangan nak saman2 pakcik pula eh.

Dia cakap. Orang yang di depan matanya penuh dengan makanan yang hebat2. Makanan yang enak2. Tapi tak semestinya bahagia berbanding dengan orang yang di depan matanya hanyalah nasi dan satu dua lauk sahaja. Orang yang naik kete besar besarr. Yang duduk atas kerusi kulit yang empukk. Pemanduan kereta yang stabil. Bunyi kabin yang sunyi *oh ok dah macam review kete pulak*. Mereka tak semestinya bahagia berbanding dengan orang yang naik kete cabuk yang kecik dan uzur.

Oh ye. Sebab apa diorang yang pakcik anggap kurang bkemampuan ini, bahagia? Even lagi bahagia daripada orang2 yang kita kata lebih bkemampuan. Sebab apa?

The only reason yang pakcik dapat pikir skang is..

Syukur.

Mereka bersyukur. Sebab itu mereka bahagia.

Kita tidak bersyukur. Sebab itu kita asyik mengejar tak sudah-sudah. Tension sana tension sini.
Last2 cuba kita tanya diri kita sendiri. Eh, aku bahagia ke?

Oh tapi tak salah kalau kita nak yang lebih baik. Janganlah bila orang tanya kenapa kita tak berusaha menjadi yang lebih baik. Kita jawab. Oh aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.

Haa aku lempang kanan kiri laju2 kalau korang cakap camtu.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, sambil mencari yang lebih baik. Tapi jika kita gagal, maka bersyukurlah. Sambil berusaha lagi. Tanpa mengenal erti jemu.

Sesungguhnya. Dr. Maza berkata. Syukur itu lebih susah daripada bersabar. Betulkah? Well, tepuk dada korang pikirlah sendiri. Takkan suma pakcik nak bagitau je.

Ok. Pakcik bagitau.

Cuba korang comparekan syukur dan sabar. Mana yang lagi susah korang rasa? Haa itulah jawapannya! *ohh sangat tidak membantu!

Sekian. Ingat pesan pakcik. Jaga diri, iman dan akhlak ye anak2.

Assalamualaikum

Sunday, March 6, 2011

To Whom It May Concern

To Whom It May Concern

Today, is your special day.

It is the day that you will be flourished with new wishes

New hopes

And new dreams

And it is my special day too

Because you are happy

To Whom It May Concern

When I fall, you lift me

When I cry, you comfort me

When I forget, you remind me

And when I sick, you stay with me.

You talk to me. You walk with me. And you help me.

To Whom It May Concern

You might forget me

You might not think about me

But remember

I will always think about you

And I will always care about you

Always

To Whom It May Concern

Your smile

Your voice

Your eyes

Reside and fill the empty voids

In my heart

Forever

To Whom It May Concern

You are one of the nicest people

I have ever met

To Whom It May Concern

Thank you for being so kind to me

And thank you for everything you did to me

You shouldn’t have

But I am so glad you did

To Whom It May Concern

Thank you for being my friend

Thank you for being such a wonderful company

Thank you for being my best kind of friend.

To Whom It May Concern

Happy birthday

Happy birthday

Happy birthday

May all your beautiful wishes come true

With blessing from Allah

In this world and hereafter

To Whom It May Concern

For the good times

For the sweet memories

For the great feelings

Which I will always treasure

And appreciate


Sincerely from

Nor Azizul Mohamad

Wednesday, March 2, 2011

Gadis Pujaan

Assalamualaikum anak-anak.

Alhamdulillah. Kelas pakcik kembali lagi. Anak-anak semua apa khabar? Sihat semuanya? Pakcik? Pakcik sihat alhamdulillah. Syukurlah pakcik masih mampu berkongsi untuk anak-anak semua kan.Hari tu pakcik cerita pasal apa anak-anak?

­­­­­­­­­­­­­­­­*Longgggggg pause*

Oih pasal dignity la. Haishh kantoi korang suma tidur kan time aku dok berbuih2 mulut. Haihh. Berapi la gini.

Tapi takpe. Let bygone be bygone la kan. Nasib baik hari ini pakcik budiman sket. Kalau tak pakcik dah suruh korang tutup page pakcik ni kan. So hari ni pakcik nak bercerita sket pasal dunia ni. Memandangkan hari ini ramai gadis2 yang comel lotte kan. So pakcik nak bercerita pasal perempuan la. Yang laki2 ok pakcik nak cerita pasal perempuan ni? Korang sure suke kan. Elelele blushing2 lak. Aku lempang sekor2 kang.

Pakcik time zaman muda2 rancak bergaya dulu kan anak2, pakcik ni hot sebenarnya. Tapi dalam ke’hot’an pakcik tu. Pakcik tetap single. Sampaila pakcik jumpa makcik kamu tu haaa. Tapi takpe. Malas pakcik nak bcerita pasal makcik kamu tu. Nanti dia budget muda plak. Jenuh pakcik nak melayan. Kamu taula makcik kamu tu kannn.

Dulu. Pakcik sukaaa sangat melihat2 perempuan ni. Bukan menggatal ye anak2. Menghargai keindahan alam. Ewahhh. Alasan setan la tu. Tapi takpe. Dulu la kan. Bukan sekarang. Sekarang pakcik menggatai ngan makcik kamu tu je ha. Haa dia dah senyum dah senyum dah.

Ok sambung2. Dulu kalau pakcik tengok perempuan la anak2. Sure pakcik bagi rank. Kalau pakcik masuk lrt tu. Phewww. Atas kepala setiap awek2 kat situ sure keluar ranking punyala. Tinggg tinggg tinggg. Macam ala2 mentol di kepala tu.

Dulu ranking pakcik simple je. Cun je dapat tinggi. Cun je dapat tinggi. Oh. Lupa nak bagitau. Dulu pakcik bagi ranking out of 5. Kira kalau dah cun sangat tu memang dapat full mark from pakcik la. 5 pakcik bagi siap. pastu kalau tambah lagi extra features (tudung labuh ke. Mata bulat ke. Bulu mata asli yang lentik ke) haa memang naik ke 7 la. Itu memang tahap extravaganza. Pakcik pun terlirik2 mata pakcik ke si dia.

*TERlirik katanyaa. Ter la kan. Haihh pakcik2.

Sekarang. Ranking pakcik dah direvise balik. Semenjak pakcik dah makin kenal orang ni. macam2 gaya pakcik tengok. Ada yang macam Hindustan la. Ada yang macam orang putih la. Ada yang macam sinetron pun ada. Haihh korang2. Sebab tu. Ranking pakcik kena revised balik. So sekarang. Awek yang cun melecun tahap superb. Pakcik bagi 3 je. Itu pun dah kira generous la tu. Kalau ikutkan hati tak nak bagi dah.

So camne pakcik bagi full mark? Haa. Pakcik kena la perati kan segala perangai. Segala sifat. Segala macam yang ada pada dia. Bukan pakcik nak menilai. Tapi pakcik memang suka menilai pun. Haihhh ayat ejul. Cam hape je.

Dulu pakcik ingat. Awek cun ni kompem la behave baik2 belaka. Ala2 perempuan melayu. Yela. Tengok muka alahaiii lembut beralun. Dengar suara alahaiii bak air mengalir merdu. Tapi bila tengok perangai…

Huh! Terus pakcik reject. Menyampah. Kau tau kau cun. So kau nak bagitau semua orang yang kau cun? Heyyy kami laki2 tak buta la weh. Kami tau kau cun. Takyahla nak show off show off kannnn. Ini semua budget budget belaka.

Eh anak2 jangan terasa lak. Kalau terasa ha rasakan! Bagi sedar sket hati itu.

Ingat anak-anak. Kecantikan luaran itu anugerah Allah. Kami laki2 memangla kisah dengan kecantikan luaran tu. Tapi bagila padan dengan dalaman gak. Ni tengok rumah dari luar bukan main cantik. Anggun. Indah. Masuk dalam aiyoo!!! *ok korang describe la sendiri

Jagala kecantikan luaran anak2 tu dengan indahkan yang dalam juga. Jangan terlalu menunjuk2. Jangan sampai dok post2 video yang pakcik rasa… haishhh. Nak bagitau pun malas. Korang pk la sendiri.

Pakcik ulang eh. Pakcik tau korang cantik. Korang semuaaa cantik. Tapi pakcik harap sangat2. Jagalah perangai korang tu. Janganlah dok tkebil sana tkebil sini. karang aku sepak sekor2 kang.

Janganlah rasa diri ini terlalu cantik. Maka hati tidak perlu dijaga. Akhlak tidak perlu dibentuk.

Janganlah rasa diri ini terlau dipuja-puja. Maka boleh buat apa2 sambil lewa. Sampaikan perangai setan pun terbawa2.

Tapi yang rasa diri tak cantik tu jangan tak jaga perangai lak. Eh korang. Mana ada orang kat dunia ni yang tak cantik? Semua cantik. Cun melecun gitu. Ala2 erra fazira. Pewwittt. Semua kan ada kecantikan yang tersendiri. maka sempurnakan kecantikan itu dengan akhlak yang unggul. Bukan dengan badan dan pinggul. Dok dedah sana dedah sini. Haiihh pakcik pun bertambah2 dosa plak. Eh pakcik tobat pakcik tobat.

Sekian. Akhir kata daripada pakcik.

Jadilah seperti resmi padi. Makin berisi makin tunduk ke bumi. Jangan jadi cam si lalang tu. Tinggi je lebih. Tapi isi tarakkk.

**************************************************************************

Jagalah diri, akhlak dan iman.

Assalamualaikum

Sunday, February 27, 2011

Dignity.

Assalamualaikum ye anak-anak.

Haa. Mari semua duduk depan pakcik meh. Lagi dekat lagi bagus. Lagi dekat dengan ilmu. Itupun kalau pakcik nak cerita pasal ilmu la. Kalau pakcik mengarut. Anak2 nak duduk belakang sekali pun takpe. Tapi kalau pakcik nak berkongsi ilmu. Anak-anak kena rebut tempat depan sekali tau. Sesungguhnya time Rasulullah SAW menyampaikan dakwah dulu, para sahabat duduk dekat sangat dengan Baginda. Dekat sampai lutut bertemu lutut. Haa. Betapa eager nya para sahabat dulu dalam menuntut ilmu.

So pakcik nak anak-anak pun gitu gak. Kalau masuk kuliah tu. Duduk la depan2. Kau budget duduk belakang2 boleh usha2 awek la? Kau nampak belakang kepala awek je weh. Kalau awek tu pakai tudung. Langsung tak nampak ape. Better ko duduk depan. Nak usha awek pandang je la kat belakang. Betul tak? Kalau dia perasan lantak dia la. Perempuan memang cepat perasan. Tapi kita kena maintain cool. Boleh?

Kalau tak percaya betapa mujarabnya duduk dekat dengan ilmu ni. Cuba experiment sket. One day korang duduk belakang. Then esoknya korang duduk depan. Cuba compare tahap konsentrasi dan kefahaman korang. InsyaAllah sangat berbeza. Kalau korang tak tidur la kan. Kalau tidur pakcik lepuk je kalau pakcik jadi lecturer.

Haa cukup dengan mukadimah pakcik. Terlebih panjang lak. Boleh buat satu lagi post siap. Nampak banyak sket nukilan pakcik. Tapi takpe. Hari ini pakcik nak bercerita tentang dignity. Sorry la anak-anak sebab pakcik tak tau bahasa melayu bagi dignity. Sesiapa yang tahu boleh beritahu pakcik ok? Jangan malu jangan segan. Jangan jadi melayu yang segan. Paham? Tak paham sila tutup nukilan pakcik sekarang. Sekarang.

Oihhh garangnya aku hari ni.

Semalam. Pakcik berkenalan dengan seorang saudara seislam ni. Macho gak rupanya. Rambut belah tengah. Putih2. Hensem2. Alaaa macam ala2 pakcik la. Putih is the keyword. Paham?Lelaki-lelaki zaman sekarang ni memang hensem2 ye tak? Ok jangan geleng2 pale. Apa pakcik cakap? Tak paham tutup ok?

Tapi yang membuatkan pakcik tertarik dengan brother yang hensem ni. Bukan sebab pakcik gay. Uihhh. Nabi tak mengaku umat weh.

Woi. Pakcik tau la pakcik dari kecik sekolah laki je. Tapi jangan la nak buat muka jelek kan? Aku lempang sorang2 ni kang.

Ok sambung2. Brother tu nama dia Yusof. Pakcik tak tau macam mane nak eja nama dia. Tapi sebutan dia Yusof la. Apa yang istimewanya pasal abang Yusof ni. Allah uji dia di dunia ni. Allah uji kesabaran dia.Allah uji keyakinan dia. Allah uji ketahanan dia.

Allah uji dengan tidak memberi daya penglihatan kepada dia.

Ya. Abang Yusof ini tak dapat melihat.

Tapi abang Yusof ini melihat menggunakan akal fikiran. Kita ni celik je lebih. Tapi kita tak guna pun akal kita sehabis yang mungkin. Haa. Kan pakcik dah kutuk diri sendiri.

Berbalik pada cerita abang Yusof ni. Brother ni dah 5 tahun menetap di KL. Mula2 pakcik segan nak berborak dengan dia. Takut kalau2 pakcik menyinggung perasaan brother hensem ni ke. Serba salah pakcik jadinya. Tapi. Tengok brother ni pun melayan pakcik cam member dia je. Pakcik pun apa lagi. Pot pet pot pet la. Alaa. Cam korang tak buat je kan? Ngaku skang! Haa takuttt

Eh macam terlalu details lak pakcik cerita. Okk nak dibuatkan takeaway nya disini. Semenjak pakcik mula memahami erti kehidupan ni *cewwahhhh*. Segala perbualan dengan brother tu. Sedikit sebanyak menyentuh hati pakcik. Eh pakcik takdela sampai mengalir air mata kan. Empangan pakcik kuat. Sekadar bergenang je. Tak pecah lagi. Ego laki kottttt

Bagaimana seorang yang buta, boleh menjalani hidup yang susah di KL ni? Pakcik tengok brother ni gembira je. Tenang je raut muka dia. Pakcik pun jadi tenang.

Brother ni keje kat mid valley. Reflexology. Dekat tingkat dua kat north area kot. Haa pergilah try. Mane tau best kan. Eh pakcik takdapat komisyen tau dok promote2 ni. I wish I could. Hoiii tak ikhlas langsung

Brother ni dah kawen. Bini dia mengandung 6 bulan. Tanya laki ke perempuan. Brother ni gelak je. Dia kata hari tu scan tak confirm lagi. *haishh pakcik lelebey la kan tanye macam2. Korang lempang sket pakcik ni. Haaa berani ko angkat tangan?

Perkenalan pakcik selama 30 minit semalam, cukup buat pakcik puas. Puas dengan segala kehidupan yang pakcik ada. Puas dengan segala kelebihan yang pakcik ada. Puas dengan segala-galanya. Apa yang pakcik maksudkan puas di sini adalah:

Appreciate.

Kita celik. Kita berkata-kata. Kita mendengar. Tapi kita tak tahu menggunakannya. Sedangkan ramai lagi yang memerlukannya

Kita memandang benda yang tak sepatutnya. Kita berkata benda yang dilarangNya. Kita mendengar benda yang dilaknat olehNya.

Mana pergi dignity kita? Sedangkan Allah anugerahkan kepada kita. Untuk kita berlaku baik. Untuk kita berlaku adil. Tapi kita buat ke?

Tak kan?

Oh mengaku jela. Jangan nak berpura-pura baik pula.

Eh tapi kalau baik pun jangan sedih pakcik tak puji lak k?

Dalam penat-penat pakcik berdiri sambil usha2 awek. Pakcik terfikir sejenak. Bagaimana isterinya yang dah mengandung 6 bulan, menjaga suaminya yang buta? Bagaimana pula suaminya yang buta, menjaga isterinya yang mengandung 6 bulan?

Nampak tak anak-anak. Betapa besar dan mulianya pengorbanan mereka masing2? Brother ni tak dapat pun kelebihan yang Allah bagi. Tapi life has to move on. Ini kita yang celik ni. Yang sempurna sifatnya ni. Apa2 pun nak bergantung pada orang lain. Guna cable la. Bawah meja la. Ahhh sampah kesemuanya!

Eh tapi korang jangan membuang sampah merata2. Paham?

Itu sahaja dari pakcik. Sebenarnya. Korang baca panjang2 ni. Pakcik nak sampaikan satu message je actually. Korang jangan bengang lak. Duduk sampai cram2 dah kaki. Benda nak cakap satu ayat je kan.

Spend more time with the old and unfortunate people. Then you will appreciate and live your life with dignity.

Live with dignity. Live with love. Live with strength. Ultimately, Live with Islam.

Sekian, jaga diri, akhlak dan iman ok anak-anak?

Assalamualaikum