Saturday, July 12, 2008

Kepuasan yang tidak terhingga


Assalamualaikum

Alhamdulillah. Setelah lebih seminggu pulang daripada field trip. Maka tamatlah secara rasminya semester satu tahun kedua bagi budak-budak geology. Ada yang sudah selamat pulang ke Malaysia. Ada yang masih di Perth untuk menghabiskan saki-baki cuti dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Antaranya, Petronas interview session yang akan diadakan pada 13-18 ini. Sedikit masa daripada koleksi masa cuti saya telah diambil untuk menjayakan program ini.

"Baguslah, kalau tak mahu duduk umah goyang kaki"


Apa-apapun, tajuk interview session bukan tujuan utama penulisan ini. Mungkin yang akan datang? InsyaAllah.

FIELD TRIP NINGHAN FOLDBELT 2008

Pada 29 Jun hingga 5 Julai yang lalu, saya dan lima orang sahabat saya berkesempatan untuk menghadiri 'rombongan padang' yang bertempat di Ninghan, Western Australia.

"hahaha. macam tulis karangan sekolah rendah plak.=p"

"okk. keep it simple and informal. perghhh. penat gila seyh. mentally and physically. adeh. kitorang kena map an area yang berkeluasan 5 x 10 km. kalau area itu mendatar takpe. ini kalau dah berbukit-bukit. sampai dah ada taraf gunung dah. dengan berjalan atas batu-batu kecil bersaiz 2 penumbuk sampailah yang besar sebuah kereta. memang best!"(Pengirim dirahsiakan identiti atas sebab-sebab keselamatan)

Memang. Memang field trip ini amat menguji minda dan fizikal pelajar-pelajar. Tetapi inilah antara cabaran yang bakal dihadapi untuk menjadi seorang geologist yang berjaya dari segi praktikal (i guess). Pada field trip ini, kami dikehendaki untuk berjalan kaki dari pukul 7.30 am sehinggalah 5.00 pm. Selagi jam tidak menunjukkan pukul 5 pm, kami tidak dibenarkan pulang ke station sekalipun. Sesiapa yang menjejakkan kakinya di station (walaupun pada pukul 4.30pm) akan dihalau sama ada secara hormat ataupun secara kasar.

"Get back there you guys!it's not 5 pm yet!" Jerit penjaga-penjaga aka lecturers kami di station.


Kami dilepaskan oleh lecturer kami dari pagi sehingga petang. Mula-mula, agak risau di hati memandangkan ada briefing bagaimana untuk meningkatkan peratus (daripada 50%) terselamat daripada patukan ular. Pesanan demi pesanan diberi untuk kami apply semasa membuat field work memandangkan kawasan tersebut merupakan kawasan hidupan liar.

Ketika di field, kadang-kala (ikut nasib kalau dia jumpa) kami akan dilawati oleh lecturer kami untuk memastikan kami tidak membabi-buta dalam menamakan batu-batu aka outcrop yang ditemui (yang memang selalunya kami main hentam keromo jerk). owh ye. lupa pula untuk memberi pengenalan kepada groupmates saya yang macho lagi fit lagi tough dan lagi memenatkan saya (yela. suma taknak rehat. stamina tinggi. saya pun budget stamina tinggi gak. haha)

Chris Herford
Kami memberi gelaran "the real Geologist". Seorang yang begitu confident dalam menafsir outcrop tetapi masih menerima pendapat orang lain dengan terbuka. Begitu komited dengan kerjanya. Seorang yang tidak mengenal erti penat (serious owh. pancit aku dibuatnya). Seorang yang serious dan matang.

Lachan Nally
Diberi gelaran lucky (taktau pasal apa). Seorang yang happy go lucky (mungkin sebab ini?). Ketawa bagai nak rak. Sampaikan bila dia buat lawak, saya ketawa terbahak-bahak bukan kerana lawaknya, tetapi lebih kepada ketawanya. Sangat open-minded. Kuat travelling. Pernah ke Malaysia (naik cruise), Arab Saudi, Africa dan macam-macam lagi. Seorang yang sangat humble. Suka bertanya dan tidak malu bertanya.Even bila kami berbincang, dan dia tidak tahu term-term yang digunakan, dia akan bertanyakan soalan ataupun merujuk kepada dictionary Geology. Sangat senang didampingi.

Salleh al-Qahtani

Merupakan pelajar dari Arab Saudi tajaan Saudi Aramco (Saudi's Oil Company). Beliau seperti Chris. Sangat confident dalam percakapan tetapi masih menerima pendapat orang lain secara terbuka. Senang didampingi dan sungguh komited dalam kerjanya.

Sekian sahaja pengenalan rakan-rakan saya dalam Group 5.

Sambung semula, selepas pulang daripada field work. Kami dikehendaki untuk menyiapkan map overlay, mengemaskini apa yang patut dan membuat preparation untuk hari esok. lebih kurang pukul 10.30, lampu akan ditutup. zZzZZzzZz

Saat paling genting ialah ketika hari terakhir untuk menghantar report kami (hari jumaat). Kami diarahkan untuk menghantar map overlay (yang menunjukkan taburan jenis-jenis batu dalam area 5 x 10 km), geological cross-section (yang menunjukkan situasi jenis-jenis batu di bawah tanah), Stratigraphic Column (tentang rock layers dan ciri-ciri serta interpretation), Geological History (Sejarah kawasan itu, Ninghan Foldbelt) dan juga field notebook. Pada hari terakhir, kami duduk dari pukul 12 at noon sampailah 10 at night (Due time). Lebih kurang 10 jam duduk di atas kerusi dan buat kerja.

"Ya Allah, sampai kejang kaki aku"


To Ikhwan : Baru aku tau perasaan ko time kejang kaki.

Time ini, janganlah dok kacau-kacau kitorang. Suma tengah khusyuk+tension buat kerja. Sampaikan keadaan dinner (kali ini disediakan oleh lecturers memandangkan kitorang sibuk buat kerja) untuk batch pertama (11 orang), alahaiii, berapa orang je pergi pada mulanya. sampai lecturer kira pun

1.....2........3......4.....5......6............7......8.....eh 7 again (time ini orang yang nak gi dinner untuk batch pertama patah balik)

Kalau tak. tak sampai 15 saat meja suma dah kosong.

Ada satu lagi kisah. Ketika dalam pukul 2 pm. Semua orang budget boleh siap awal (konon). Then terdengar salah seorang berkata,

"lets bet who's going to finish it first before 6 pm"

yela. semua nak enjoy malam itu. minum beer dan sebagainya (friday nightla katakan). then dalam pukul 5.30, orang yang sama pun berkata,

"Ok now, change of plan, lets bet who's going to finish it first before 10 pm"

Then balas lucky,

"I reckon we should bet who's going to finish it on time mate"

hahaha. riuh workplace ketika itu.

Masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing. Setiap group berbincang antara satu sama lain. Keadaan sangat busy dan tegang tetapi masih terkawal. Saya pun tidak terkecuali. Perasaan tidak menentu. Sibuk memikirkan kerja-kerja yang patut disiapkan.

Tepat pukul 10 pm, semua kerja-kerja telah dihantar.

ALHAMDULILLAH. Ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan yang timbul dalam diri saya. PUAS PUAS dan PUAS. Tidak keterlaluan jika saya mengatakan, kepuasan ini tidak dapat saya kecapi ketika tamat peperiksaan SPM dahulu.

Kepuasan yang tidak terhingga

Itulah satu-satu ayat yang dapat menggambarkan perasaan saya ketika itu. Mulut tersenyum lebar. Beban di kepala seolah-olah lenyap begitu sahaja. aiyoo. manyak ringan woo.

Malam itu, kami menghayati bahang unggun api dan bersosial sambil menikmati air coke dan soft drinks yang lain (aussies layan beer). Tetapi saya dan 3 sahabat tidak duduk lama sebab sejuk! (diorang bolehla dok lama, dok dekat ngan campfire. kitorang cm agak jauh)

Keesokan harinya. Bangun untuk solat Subuh dan sarapan, tiada lagi beban field trip di kepala. Tiada lagi kelam-kabut untuk bersiap ke field. Masing-masing lenggang. Sarapan bermula lambat. Sekitar 7 pagi. Saya datang dalam pukul 6.30 dan sempat bersembang dengan tutor saya di lab, Christen (kurang pasti ejaan) sambil menunggu sarapan siap.

"How are you this morning azizul?"

"Fine. Thanks. A bit tired and I'm going to sleep well tonight and tomorrow for the whole day!!"

Dan lain-lain (perkara bualan tidak penting untuk dibicarakan dalam blog ini)

Dipendekkan cerita. Dalam pukul 1.30 pm. Bus yang membawa budak-budak 2nd trip pun tiba. Kami sempat berborak dengan budak-budak 2nd trip.

"This place will definitely make you fall in love with Geology"
"Expect the worst mate!"
"It was 'enjoyable'!!"
"Watch out for ooids and stromatolites, lol"
"Careful when walking"
"Please don't return to Perth as a dead body"

Antara kata-kata semangat yang diberikan kepada budak-budak 2nd week. Dalam pukul 2.15, kami menaiki bus dan pulang ke Perth. Perasaan seronok bermain-main di kepala masing-masing. Kami rindu akan civilisation. Kami sampai sekitar pukul 8 malam. Dalam sejam sebelum itu, keadaan dalam bus yang sunyi-sepi menjadi hiruk-pikuk seketika. Kedengaran bunyi tone msg bertalu-talu. Disebabkan baru dapat coverage hp. Macam-macam bahasa kedengaran, daripada english(common) kepada Malay, Mandarin dan juga Arabic. Masing-masing sibuk berborak dengan family yang tersayang. Seminggu tidak mendengar khabar. Totally terasing daripada dunia luar. Saya pulang pun terkejut mendengar keadaan politik di Malaysia yang totally tidak stabil.

Sekian, saya masih hidup hingga ke hari ini. Alhamdulillah.

Salam gembira

Kenangan bersama. Ninghan Field Trip 08

No comments: