Thursday, June 9, 2011

Its been a while

Its been a while since I updated my blog.

Why meh?

Too busy?

Busy with someone i guess.

=)

Semoga berjaya mengejar akhirat rakan-rakan!

Thursday, April 14, 2011

Makin Jauh

Assalamualaikum

Wohaa. Dah lama dah tak update blog ni

Apa tandanya?

Busy?

Malas?

Oh berkisar pada soal busy

Lately ni
Kerja makin berlambak
Hati makin gusar
Sampai nak update blog pun tak sempat

Ye tak?

Tapi usah khuatir
Dalam kepala banyak entry menanti
Cuma mencari masa yang suci
Untuk meluahkan hati yang indah tak terperi

Tapi bukan itu yang dibimbangi

Dulu
Datang ofis
Ada masa diluangkan untukNya
Sampaikan kerja-kerja ofis pun sempat disiapkan

Sekarang
Datang ofis lagi awal-awal pagi
Tapi sekelumit masa pun tiada untukNya

Oh
Dunia mengasyikkan aku
Tapi boleh je kan datang lagi awal lagi
Then spend time with Him
Bukan?

Herm
Perasaan ini

Adakah aku makin jauh?

Tuesday, April 5, 2011

Doa

Assalamualaikum!

Wohaa two posts in a day! Amazing! Hehe. Anyway, came across this beautiful reminder. Hopefully it can open up our hearts iA. Have fun reading it! =)

Berdoa lah dengan penuh kerendahan


Selalu berdoa?

Kita selalu berdoa. Semestinya. Secara langsung baik seperti selepas solat atau sebelum makan, atau pun secara tidak langsung seperti meminta di dalam hati dalam keadaan kesusahan. Doa adalah dituntut, kerana ALLAH sendiri mengarahkan kita berdoa dan berjanji akan memperkenankannya.

“ Dan berkata RABB kamu, berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan!” Surah Al-Mu’min ayat 60.

Pernah kah anda berdoa dan ALLAH makbulkan doa anda secara langsung, bukan anda minta terus dapat, tetapi maksud saya anda nampak doa anda itu dimakbulkan? Malah bukan sekali dua, tetapi berturut-turut. 

Anda minta berjaya dalam exam, ALLAH bagi. Anda minta kaya, ALLAH beri.

Anda rasa doa anda makbul bukan? Secara tak langsung, anda rasa gembira. “ Pergh, ALLAH makbulkan doa aku seh”

Tapi, tahukah, kemungkinan, apa yang anda dapat itu, bukannya datang daripada doa kamu. Kerana doa kamu tidak makbul sebenarnya.

Pernah dalam kehidupan saya, saya berdoa, meminta kepada ALLAH dan saya sering nampak doa saya dimakbulkan oleh ALLAH SWT.

Saya pernah, dalam keadaan tersepit ketika PMR, dalam keadaan sedikit masa untuk studi dan dalam keadaan saya melakukan banyak kesilapan dalam menjawab peperiksaan, maka saya meminta kepada 

ALLAH agar saya diberikan keputusan 9A.

Akhirnya saya dapat 9A.

Sewaktu SPM, saya sekali dalam kesempitan. Saya berdoa kepada ALLAH, agar jangan berikan saya keputusan yang teruk.

Akhirnya, saya mendapat keputusan yang tidak cemerlang, tetapi tidak pula terlalu teruk. Malah, saya punya keputusan dalam mata pelajaran sains yang sebelumnya saya amat teruk, telah meningkat dalam SPM. Ada pelajaran yang saya langsung tak pernah lulus, tetapi dalam SPM saya dapat C5.

Saya rasa suka. Saya rasa puas hati. Banyak lagi benda, saya minta kepada ALLAH dan ALLAH bagi. 

Siapa yang tidak suka? Siapa yang tak rasa istimewa? Saya macam lemas dalam kehebatan saya sendiri ketika itu.

Akhirnya, pada satu hari, saya mendapat satu mesej berbentuk cerita daripada seorang yang saya tidak kenal.

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.

Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. 

Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan ALLAH SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. 

Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, ALLAH mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, ALLAH beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. 

Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“ Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan ALLAH ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat”

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.

Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: “ Ya ALLAH, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH…

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada 
ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

Saya, terasa sungguh bila membaca mesej daripada orang yang tidak saya ketahui itu.

Oh. Saya mula terasa saya adalah Si Abang.

Mungkin, bukan doa saya yang makbul. Tetapi doa Ibu Bapa saya yang makbul. Saya mendapat mesej itu selepas mendapat keputusan SPM. Semenjak itu, saya sering berusaha meminta doa daripada orang lain. 

Paling kurang, apabila saya berdoa, saya akan minta sahabat saya aminkan. Sebab, saya benar-benar terasa bahawa doa orang macam saya, tidak cukup untuk ALLAH makbulkan.

Sebab itu, saya sering meminta pembaca-pembaca menembak doa kepada saya. Sebab itu saya sering menulis, ‘Semoga ALLAH redha dengan kita…’, moga-moga ada pembaca saya yang soleh mengaminkannya dan doanya diterima.

Bila saya berjalan jauh sampai ke Jordan, saya nampak bahawa, perasaan rendah diri ini sememangnya perlu wujud dalam diri. Hal ini kerana, ketika peristiwa Palestin diserang Israel awal tahun 2009, Imam di Masjid Universiti sering mengulang doa ini:

“ Ya ALLAH, kalau KAU tolak doa kami, maka KAU terimalah doa orang-orang soleh dari kalangan kami”

MasyaALLAH, imam masjid besar di Irbid, seorang yang tekenal rendah diri dan soleh, pun merasakan doanya tidak layak dimakbulkan ALLAH. Tetapi kita, kadang-kadang, bila melihat doa kita makbul, jangan kata kita nak kembalikan keberjayaan makbul doa itu kepada ALLAH, malah kita rasa berbangga pula, seakan-akan kita rasa kita ini seorang dari wali-wali ALLAH.

Ya, ALLAH berjanji untuk memakbulkan doa.

“ Dan berkata RABB kamu, berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan!” Surah Al-Mu’min ayat 60.

“ Dan jika hambaKu bertanya kepadamu(wahai Muhammad) tentang AKU, sesungguhnya AKU amat dekat…” Surah Al-Baqarah 187.

Kita kena yakin sentiasa bahawa ALLAH akan makbulkan doa kita.

Tetapi, kita tidak boleh mengangkat diri kita dengan menyatakan bahawa ALLAH memakbulkan doa kita kerana kebagusan kita. Sebab itu, apabila berdoa, kita perlu berdoa dengan rendah diri. Jangan rasa kita hebat hanya kerana doa kita dimakbulkan. Malah, kalau kita perasan doa kita dimakbulkan, perlulah kita pulangkan segala kehebatan kepada ALLAH SWT.

Sesungguhnya, ALLAH itu memberikan rezeki dan pertolongan, kepada sesiapa yang DIA mahu.

(Dipetik from Hilal Asyraf, http://langitilahi.com/)

Cuaca itu kehidupan

Assalamualaikum anak-anak!

Haihhh. Lama dah pakcik tak buat kelas naa. Biasala pakcik. Busy tak semena-mena. Tak busy nak buat2 busy. Dah busy buat2 tak busy pula. Tapi tak penting. Yang penting anak-anak dapat cuti lama sket kan. Takdela dengar pakcik pot pet pot pet sana-sini. Tapi pakcik pot pet pot pet, ada pakcik kisah korang kisah?

Ok sebelum pakcik start dengan topik pakcik pada hari ini, pakcik nak tanya khabar anak-anak. Semua sihat? Masih comel seperti dahulu? Kalau dah tak comel tu. Sila tutup page pakcik ni eh. Sesiapa yang stay. Oh korang perasan korang comel ke?

Herm.

Tapi takpe. Pakcik angguk je yang korang memang comel. Khabar pakcik? Oh khabar pakcik baik. Sihat-sihat belaka. Berat makin bertambah. Haihh. Makcik kamu la. Masak sesuka hati. Pastu dok kata tanggungjawab pakcik. Tanggungjawab pakcik. Last-last berat siapa yang naik? Berat pakcik gak.

Kejap naik kejap turun. Kejap naik balik. Haihh dah macam saham.

*Jangan menyimpang jauh sangat boleh tak?

Oh okk. Minta maaf ye anak-anak. Dah lama pakcik tak buat kelas. So seronok la cerita benda-benda lain ini. So berbalik pada topik. Hari ini pakcik nak bercerita pasal:

Cuaca.

Ah ha. Awat tetiba topik cuaca ni? Meh pakcik nak bercerita satu story ni. Kisah benar ni. Ada seorang hamba Allah ini. Elok sungguh paras rupanya. Hensem, comel, tough, tampa...

*Ok pakcik cukup. Kenapa dengan mamat ni?

Oh okk. Mamat ini bercuti-cuti manja di rumah. So dah alang-alang kat rumah. Mamat ini kenalah buat kerja-kerja rumah la kan. Basuh baju. Sidai baju. Haa nak dibuat cerita nya. Ketika itu matahari memancar terik. Fuh. Panas sungguh. Mamat hensem ni pun melihat sekeliling.

"Oh macam takkan hujan je petang ni."

Maka mamat itu pun sidai baju-baju keluarganya di luar. Maksudnya tidak berbumbung la. Haihh itupun pakcik nak kena explain ke? Ok pastu. Mamat ini pun keluar makan. Dalam perjalanan pulang. Awan gelap tetiba berarak menghampiri area-area rumah mamat ini. Pelagi, gelisah bukan main la. Nanti baju tak kering susah lak kang. Tiba di rumah, awan mula memuntahkan air hujannya. Mau macam watson nyambek dah mamat ini lari naik rumah ambil baju. Somehow, dapat la selamatkan kain jemuran daripada basah.

Sekian, itu aje. Jaga diri elok-elok. Jumpa di lain hari ye?

-___-

Ok cukup. Apa yang pakcik dapat simpulkan from cerita benar mamat hensem tough malah bergaya ini. Oh weather is unpredictable. Pakcik dulu belajar sket-sket pasal weather ni. Oh haprak. Sumanya berdasarkan prediction semata-mata. Prediction based on some basis la kan. Tapi yang menentukannya ialah siapa anak-anak? Haa betul. Bila Allah kata jadi, maka jadilah dia. Kan kan?

Tapi apa yang pakcik nak relatekan sekarang ialah antara weather dan kehidupan. Oh kehidupan kita is unpredictable. Seriously it is. Macam weather. Kejap panas betullll. Kejap hujan lebat yang amatt. Eh tetiba lepas itu nyaman pula. Eh pekebende ni?

Haa begitulah dengan kehidupan kita. Kejap kita berasa oh kita sangat bertuah! Tetiba seketika lepas itu, oh rupa-rupanya kita malang sebenarnya. Itulah hakikatnya. Tapi setiap perubahan itu pasti ada petandanya. Seperti cuaca. Kalau nak hujan, akan nampak awannya. Kalau nak tenang, akan nampak pelanginya. Bukan?

Begitu kehidupan. Cuma kita je terleka dengan kesenangan, or terlalu sengsara memikirkan kesusahan. Sampaikan kita tak sedar petanda-petanda perubahan seterusnya. Anak-anak rasa camtu tak? Kalau pakcik salah mohon tegur ye.

Tapi semua itu tak penting. Susah. Senang. Hujan. Panas. Semuanya takdela penting sangat. Apa yang penting bagi pakcik sekarang ini.

Bagaimana kita hidup dengan semua benda itu? Semua ke-tidakbolehteka-an.

Macam orang putih cakap, how do we live with all the unpredictable? *oh sungguh direct translation.

We all will be facing all those types of uncertain, unpredictable things. Kita akan rasa gembira, sedih, menangis, bersyukur dan sebagainya. 

Seperti juga cuaca. Kita akan hidup di bawah terik mentari, ribut yang ganas, angin yang mendayu. Semua kita rasa. Tapi kalau cuaca, bila panas kita cari tempat redupnya. Bila hujan kita cari payungnya. Bila angin kita hayatinya. 

Betul tak anak-anak?

Begitu juga kehidupan kita. Bila kita gembira, kita bertindak begini. Bila kita bersedih, kita bertindak begitu. Maksud bertindak disini bukanlah bertindak semborono je *pergh ayat mewah. Kalau gembira kita bersyukur. Kalau sedih kita berdoa. Sambil mencari jalan melawan kesedihan. Kan?

It does not matter what outcomes of life that we are going to live with
It is unpredictable anyway
But what matters is how do we live with all the unpredictable

We can opt for joy or happiness
Or we can also opt for sadness
But dont be foolish la
Choose live with joy and happiness

And of course, with His blessings
That is our ultimate aim in this world

Sekian, *kali ini betul-betul eh. Semoga sedikit sebanyak dapat mengingatkan pakcik dan anak-anak sekalian. Minta jaga diri, iman dah akhlak ye anak-anak?

Semoga bermanfaat!

Assalamualaikum


Sunday, April 3, 2011

You and Me panjat Broga Hill


Event: You and Me panjat Broga Hill
Time: Pagi Semalam
Status: Accomplished

Assalamualaikum rakan-rakan!

Alhamdulillah, berjaya juga panjat Broga Hill. Sebelum ni dengar Broga Hill, Bukit Broga? Apa tu? eleh. Bukit je pun. Come on. Give me something else la. Gunung2 ke. Ni bukit? ohhh.

Sekali dah naik, haaa ko! Not bad gak. Budget cam bukit setiawangsa dekat depan umah je ni haa. Hehe.

The hike was relatively impressing. The challenge was fun. My company was amazing. And the view was

Spectacular



Oh SubhanAllah. Cantik bukan? People used to say, a picture tells you thousand words. aite?

Tapi be tamak come on rakan2. Jujur la sket. Manusia kan sentiasa tamak kan? Harta benda kita nak tamak. Ni taknak tamak? So be there, and experience it by yourself. And your eyes will tell you countless words. And priceless memories.

Penat?

Oh berpeluh bukan main. Baju and towel boleh perah2 siap. A very good exercise indeed! Plus a very scenic view to be captured in your heart.

Ala. I saw some budak2 kecik yang sampai puncak. Ada seorang budak perempuan ni. Kecik je budak ni. Ntah umur berapa ntah pun tak tau. 5-6 tahun maybe? Or less? Dia panjat sambil pegang tin milo beb. Minum milo anda jadi sihat dan kuat? *baca dengan irama boleh tak? Oh pengaruh iklan sungguh.

Plus ada mamat ini yang menarik perhatian.




Oh gagah perkasa bukan? Angkat sebelah tangan beb! I wonder dia nak buat apa sebenarnya. Meluncur meluru-luru dengan basikal mungkin? Well all the best brother. Lu memang cool bro!

Ok cukup dengan berceloteh. Let the real pictures show you thousand of words. Ingat, thousand je tau. Nak lebih. Pergi sendiri. Panjat sendiri. Rasa sendiri. Oh worth it seriously.






Oh akak posing maut siap? Tau2 je saya nak ambil gambar?

Abang kuning ni pun menyempat je eh

Tenang. Bukan?

Sekian, thanks to you who make it memorable and enjoyable. The feelings are indescribable.

But if you do want some term, then glad and delightful are the feelings that I can give.

The rest, let them reside it our hearts. Forever.

P/S: Later we go to watch sunrise pulak eh? =)


Saturday, March 26, 2011

Nikmat

Assalamualaikum anak-anak!

Yeah pakcik kembali lagi! setelah dihujani oleh rahmat-rahmat daripada kawan-kawan pakcik yang tersayang *ah haihh gosok member*.

Alhamdulillah.

Pernantian pakcik dengan penat-penat semalam membawa seribu satu kerahmatan. Benarlah. Setiap satu dugaan yang ditempuhi pasti akan dihadiahkan dengan kebahagian selepasnya.

Mana taknya. Dahla bising haram dekat mid tu. Ramai orang. Ada artis mana ntah yang datang. Uiiihhhh. Awek-awek punya menjerit. Pecah gegendang telinga pakcik ni. Nasib baik awek-awek yang jerit. kalau 'awek-awek'? Mahu btempiaran pakcik lari dari mid valley tu.

Pakcik tunggu kawan-kawan pakcik tu, sampai dah terduduk-duduk tak larat siap. Hati fikir nak balik je ni. Takpela next time la jumpa. Tadi dah hai hai peluk peluk bye bye cukupla kan. Member pun busy nak buat macam mane kan?

Tapi pakcik dengan tabah nya tunggu gak dengan ramai-ramai dan mata merahnya. Oh bukan nangis. Tapi penat ye anak-anak. Pakcik tak nangis. Empangan pakcik kuat.

Ewahhhh sejak bila ni?

Pakcik sila jangan menyimpang ok?

Selepas makan makanan jepun yang sangat sedap dan menyelerakan. Sushi. Ohh sangat sedap. Dan sangat mahal. Nak order pun takut. Fuh...sampai sekarang pakcik rasa kesedapan dan kenikmatan kat mulut. *ok dah ngidam dah. Shoot. mengidam makanan mahal. Apakah?

Kemudian, lepas kenyang menjamu selera. Bermula sesi saling mengingati akhirat. Oh dan ianya datang dengan sangat spontan. Sangat selesa. Sangat mendamaikan. Sangat syahdu.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

My old good friends,

Thank you for all the remainders

For all the sweet and serious talk

That we had yesterday

May Allah reward us with all His blessings in this world and hereafter

May Allah shower us with his mercy in this world and hereafter

May Allah ease us the way to His Jannah

Together, we remind for it

Together, we strive for it

Together, we pray for it

May Allah help us

In this world, and ultimately in hereafter

Sedikit ungkapan buat anak-anak:

Andai kau celup jarimu ke dalam air laut, air yang menitis di jarimu itu adalah nikmat dunia. Manakala lautan yang terbentang luas, itu adalah nikmat syurga.


Oh ada satu lagi satu lagi! *excited lak pakcik ni. lempang karang


Jika kamu mencari harta yang banyak

Lambat laun harta itu akan habis juga

Tapi bukan untuk agama

Jika kamu mempunyai masa yang banyak

Lambat laun masa itu akan habis juga

Tapi bukan untuk agama

Ampunkan daku ya Allah

Tunjukkan aku jalannya ya Allah

Pimpinlah daku ya Allah

Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah dan hina ya Allah


He knows better


Anak-anak, sila jaga diri, akhlak dan iman ok?


Assalamualaikum

Tuesday, March 22, 2011

23, and counting insyaAllah

Salam,

Today, I am 23 officially! Alhamdulillah. Syukur yang amat kepada Allah yang masih memberi saya nafas untuk bertaubat.

Dan untuk mengejar bekalan ke akhirat.

A year older
A year wiser
And a year closer to death

Dan juga untuk anda semua.

Thank you
Thank you for such wonderful wishes
For sincere hopes
And powerful Doรก
You guys have been with me all these while
My ups and downs
Standing by me
Supporting me
Listening to me
Talking to me

Thank you so much

May Allah reward you in this world
And hereafter.

And for you who I concern
I am totally speechless
Yes I am
You successfully made my heart
Singing with your words
Dancing with your melody
And whistling, with your pure heart

I just fall in love
With our friendship
Deeply

May Allah reward you in this world
And hereafter.



With Love

Nor Azizul Mohamad