Monday, July 28, 2008

Bermulanya Semester ke-2


Alhamdulillah. Cuti selama sebulan ( 2 minggu + field trip seminggu + Petronas Interview Session 2008 seminggu ) berakhir dengan cermatnya. Terasa sekejap pula Winter Break kali ini memandangkan hampir setiap minggu telah diisi dengan program-program yang sepatutnya. Tidak perlu mengeluh, kerana saya tidak akan menikmati cuti selama sebulan lagi ketika bekerja nanti. Maka, sedang membiasakan diri.

Result semester satu juga sudah diumumkan melalui internet. Tidaklah sehebat mana, tidaklah seteruk mana. Hanya perasaan syukur + sedikit kesal berlegar-legar di minda. Kesal kerana markah average saya telah menurun sebanyak 4% dan syukur kerana masih berada di paras yang digalakkan si penaja.

Semester kedua telah bermula secara rasminya. Unit-unit yang diambil boleh tahan susahnya (I guess). Structural and Metamorphic Geology, Coastal Geomorphology and Sediments, Earth History Methods dan Environmental Policy and Law adalah merupakan unit-unit yang diambil pada semester ini. Sedikit gusar untuk menghadapi semester kedua. Pada masa yang sama, tidak sabar untuk pulang ke Malaysia.

Saya sudah bekerja semula sebagai cleaner di university. Cuma kali ini di bangunan yang berlainan (Anatomy sebelum ini di Engineering). Dengan mayat-mayat dan bahagian-bahagiannya di ground floor dan saya berada di 1st floor. Di 1st floor terdapat patung-patung mayat, tengkorak, rangka tulang dan sebagainya. Tambah pula dengan bekerja seorang diri bermula pada pukul 5.00 am. Tipulah jika saya mengatakan saya tidak rasa takut. Cuma perasaan takut (aka penakut) cuma terasa pada hari pertama. Sekarang, Alhamdulillah. So far, bolehlah. =)

Sekian, sedikit update ketika kemalasan melanda diri. Doakan anda dan saya berjaya mengharungi saki-baki tahun ini dengan kejayaan yang diberkati. Amin.

4 comments:

Anonymous said...

wah2. ada gaji, nti belanja aku! hahah

faiz besut said...

wei...gle r ijul dah fikir psl keje...
gle mantap jul..sejak ble ko jd camni ni

Ejul said...

haha. apok. ko kutuk ke ape ni? huhu =p

weh. xde2. ko dr dulu g kate nk blanje. kite ikut plan asal. ko blanje. =)

ken.shin said...

ape cerita? cari gaduh ka?