Tuesday, September 30, 2008

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri


Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2008. Maaf sekiranya saya ada buat salah ataupun terkasar bahasa. Semoga tahun ini membawa lebih manfaat daripada tahun-tahun lepas. InsyaAllah.

Sunday, September 14, 2008

Amalan Baik Tapi Terbalik.


  • Amalan kenduri arwah beberapa hari selepas kematian. mengikut amalan masyarakat kita, keluarga si mati akan buat kenduri dan masak untuk tetamu yang hadir ke majlis itu. sepatutnya orang lainlah yang tolong masak dan adakan kenduri untuk keluarga si mati. keluarga si mati kan masih berada dalam kesedihan. lagi pula dikhuatiri kalau2 tetamu itu makan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati untuk anak2nya.
  • Amalan menghadiri walimatul urus, tetamu yang datang membawa wang untuk disedekahkan kepada keluarga pengantin. malu rasanya kalau pergi tanpa membawa wang. kalau tak ada wang, rela untuk tidak pergi, takut malu. tetapi bila menghadiri kenduri arwah, tidak pula dihulurkan wang sebagi sedekah mungkin untuk meringankan sedikit beban keluarga si mati. tidak malu pula menghadiri kenduri arwah tanpa membawa wang.
  • Apabila menghadiri majlis keraian, majlis pemimpin besar2, pakai cantik2. bergaya. baju mewah. tapi bila solat, pakaian pun comot, tak bersih. tak wangi. terbalik kan?
  • Kalau kita jadi tetamu, segan nak makan makanan yang dihidangkan sampai habis. entah apa yang dimalukan. sedangkan yang sepatutnya adalah sebaliknya. apabila tetamu makan makanan yang dihidangkan, tuan rumah pasti akan gembira.
  • Kalau bersolat sunat (atau apa2 amalan sunat lain) kat masjid bukan main rajin lagi. tapi kat rumah, nak solat sunat sekali pun susah. sepatutnya amalan sunat diperbanyakkan di rumah supaya kita tidak riak. yelah, kalau kat masjid, bila orang nampak kita rajin solat sunat, khuatir pula kalau jadi riak. bukankah amalan yang kita lakukan tidak boleh riak.
  • Apabila bulan puasa tiba, sepatutnya kita mengawal nafsu kita. bukan sahaja mengawal nafsu dari makan atau minum sahaja. tapi dari segala sudut. tapi bila bulan puasa, tahap perbelanjaan semakin meningkat dan tidak terkawal. terdorong untuk berbelanja apabila inginkan sesuatu. sepatutnyakan bulan puasa la nak berjimat cermat.
  • Amalan membuat kenduri sebelum pergi menunaikan haji. sepatutnya, kenduri doa selamat diadakan selepas orang itu selamat pulang dari bermusafir. doa selamat tanda kesyukuran kerana orang itu telah selamat pulang setelah sekian lama bermusafir dan berjaya mengharungi segala ujian yang melanda semasa bermusafir.
  • Ibu bapa risau apabila anak2 tidak lulus peperiksaan, tidak pandai membaca atau tidak tahu menulis. sibuk hantar anak ke kelas tambahan untuk memantapkan lagi otak anak2. tapi bila anak tak tahu mengaji Quran, tak tahu solat, tidak pulak sibuk suruh anak belajar sedangkan mengaji Quran dan solat itu wajib dipelajari.
  • Kalau hujan lebat, ribut petir, penat atau sakit sekalipun, kerja kena pergi. kalau tak pergi, nanti gaji sikit. kena marah dekat bos dan lain2. tapi kalau ke rumah Allah, malas pula nak pergi. berbagai alasan diberi. tidak pula rasa malu pada Yang Maha Pencipta.
  • Si isteri, bila nak keluar rumah, melawa. pakai cantik2. mesti nak wangi2. berhias dan segala macam lagi. tapi bila kat rumah depan suami, tidak pula melawa. yelah, dekat rumah sahaja. buat apa nak melawa. sedangkan yang dituntut adalah berpakaian cantik dan berhias adalah untuk pandangan suami. bukannya orang luar. kadang2 sebab2 macam ni la buat rumahtangga tu goyah.
*diambil daripada blog Aimi Nadia (sila rujuk pada ruangan di bahagian kanan skrin anda)

Saturday, September 6, 2008

Si dia yang memakai baju Billabong

Sekali imbas, ataupun diteliti sekalipun, tiada apa-apa yang istimewa mengenai pemuda ini. Gayanya seperti aussies yang lain. Memakai baju Billabong dan seluar jeans seperti pemuda-pemuda aussies yang lain. Cuma yang membezakan si dia dengan aussies yang lain ialah :

Dia pergi ke Musolla.

"Weh, siapa tuh?", tanya seorang sahabat.

"Entahla, aku familiar dengan diorang 2. but tak pernah nak berkenalan plak"

Ketika itu, Amira, hafiz yang ditugaskan untuk mengimamkan tarawikh di UWA Musolla sedikit lambat kerana atas sebab-sebab tertentu (memandangkan beliau merupakan seorang student medic di UWA)

Pergh. Dahla hafiz, student medic plak tuh. TEE die dapat 99.8. Plus, keadaan fizikal yang baik dan elok paras rupa lagi. Boleh dikatakan hampir perfect bagi orang-orang macam aku ni.

[Sambung kembali] Kemudian, pemuda seperti Aussie ini (saya lebih suka menggelarnya si A), berbual dengan brother Salim (President UWA Muslim Society). Sedang mereka-mereka yang lain sibuk mencari kerahmatan bulan Ramadhan, si A ini lalu di celah-celah jemaah dan berdiri di tempat imam.

Ketika itu, barulah sedar yang dia merupakan hafiz Al-Quran. Mukanya masih muda. Entah-entah lagi muda daripada saya, tetapi sudah menghafaz al-Quran.

MasyaAllah.

Tak sangka seorang yang saya lihat (nilai) yang gaya lagaknya seperti kami yang lain, merupakan seorang hafiz. Kagum dan sedikit kecewa juga. Kagum kerana pada usia yang muda, beliau sudah menghafaz al-Quran. Kecewa kerana saya yang mungkin lagi tua daripada dia pun banyak lagi surah-surah tak hafal.

Reflect pada diri aku juga. yela. suruh menghafal malas. ni hafal cam tak serious jerk

p/s : ini yang membuatkan semangat semakin berkobar-kobar untuk menghantar anak (insyaAllah) pergi menghafaz al-Quran (aka hafiz)

Salam

Monday, September 1, 2008

Mesti lihat!

Salam

Saya amat-amat menggalakkan sahabat-sahabat untuk meluangkan sedikit masa untuk menonton video-video di bawah.

Part 1

Part 2

JazakAllah khair

Salam Ramadhan

Alhamdulillah.

Allahumma balighna Ramadhan! (Sampaikanlah kami kepada Ramadhan)

Doa telah dimakbulkan. Saya masih hidup untuk menjalani kehidupan dalam bulan yang mempunyai seribu satu kelebihan. Sebelum itu, saya ingin memohon maaf kepada rakan-rakan sekiranya ada salah dan silap, sengaja ataupun tidak sengaja.

Tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya. Ada resolusi-resolusi yang perlu dicapai. Jika ketika zaman hingusan dulu, resolusinya cukup mudah, hendak puasa penuh. Ataupun tidak mahu meninggalkan solat tarawikh. Tetapi, tika umur sudah mencecah puluhan (20 tahun je baru. =p), resolusi-resolusi tersebut telah berganjak ke tahap yang lain. Alhamdulillah, tidak berganjak ke bawah, tetapi ke atas.

Antara resolusi-resolusi yang dipersetujui oleh rakan-rakan :
1. Tidak meninggalkan solat sunat Tarawikh. (sekurang-kurangnya 8 rakaat)
2. Tadarus Al-Quran (rumah kami perlu menghabiskan juzuk 19-25)
3. Qiamullail (sekurang-kurangnya seminggu sekali)
4. Membuat jamuan berbuka puasa di rumah masing-masing (walaupun boleh berbuka di musolla)
5. Membaca Al-Mathurat pagi dan petang.
6. Menginfakkan sejumlah harta (sekurang-kurangnya $0.50 setiap hari)
7. Tidak meninggalkan sahur (digalakkan melewatkan sahur)
8. Membanyakkan amalan-amalan sunat seharian (Baca Al-Quran, solat sunat etc)

Rasa-rasanya itu sahaja resolusi-resolusi saya pada tahun ini. Sebelum saya mengakhiri post ini, suka saya sertakan antara hadis-hadis yang membuatkan saya bertambah semangat untuk melaksanakan resolusi-resolusi di atas,

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Seandainya umatku mengetahui keistimewaan Ramadan, pasti mereka mengharapkan semua bulan menjadi Ramadan.” (Riwayat Ibnu Hiban)

“Apabila masuk bulan Ramadan, maka dibukakan pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikat semua syaitan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

“Pada malam pertama bulan Ramadan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup pun satu daripadanya. Maka berserulah penyeru, wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan yang demikian itu berlaku pada setiap malam (Ramadan).” (Riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah)

"Sesiapa yang menunaikan satu perkara fardhu padanya iaitu pada bulan Ramadhan,seolah-olah dia telah melakukan 70 perkara fardhu pada bulan yang lain"


"Sesiapa yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan kebaikan pada bulan Ramadhan, seolah-olah dia telah melakukan perkara fardhu pada bulan yang lain".

"Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (sewaktu berbuka), maka baginya keampunan terhadap dosa-dosanya, diselamatkan tengkuknya daripada api neraka dan baginya ganjaran pahala yang sama seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun." Kami bertanya "Wahai Rasulullah, tidak semua dari kalangan kami memiliki sesuatu untuk diberikan kepada orang yang berpuasa". Lalu Baginda menjawab "Allah akan memberi ganjaran pahala tersebut kepada sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa walau dengan seteguk susu, tamar atau air. Barangsiapa yang memberi makan sehingga kenyang orang yang berpuasa, maka Allah akan memberi minum dengan air telagaku di mana orang yang meminumnya tidak akan merasa dahaga sehinggalah dia masuk ke syurga".

Oh ya. Hampir terlupa. Satu lagi resolusi iaitu ; tidak akan memasang lagu raya sehinggalah malam raya kerana ianya seolah-olah menunjukkan yang saya tidak sabar-sabar meninggalkan bulan Ramadhan.

Sekian.

Selamat mencari keredhaan dan kemuliaan bulan Ramadhan