Tuesday, April 5, 2011

Cuaca itu kehidupan

Assalamualaikum anak-anak!

Haihhh. Lama dah pakcik tak buat kelas naa. Biasala pakcik. Busy tak semena-mena. Tak busy nak buat2 busy. Dah busy buat2 tak busy pula. Tapi tak penting. Yang penting anak-anak dapat cuti lama sket kan. Takdela dengar pakcik pot pet pot pet sana-sini. Tapi pakcik pot pet pot pet, ada pakcik kisah korang kisah?

Ok sebelum pakcik start dengan topik pakcik pada hari ini, pakcik nak tanya khabar anak-anak. Semua sihat? Masih comel seperti dahulu? Kalau dah tak comel tu. Sila tutup page pakcik ni eh. Sesiapa yang stay. Oh korang perasan korang comel ke?

Herm.

Tapi takpe. Pakcik angguk je yang korang memang comel. Khabar pakcik? Oh khabar pakcik baik. Sihat-sihat belaka. Berat makin bertambah. Haihh. Makcik kamu la. Masak sesuka hati. Pastu dok kata tanggungjawab pakcik. Tanggungjawab pakcik. Last-last berat siapa yang naik? Berat pakcik gak.

Kejap naik kejap turun. Kejap naik balik. Haihh dah macam saham.

*Jangan menyimpang jauh sangat boleh tak?

Oh okk. Minta maaf ye anak-anak. Dah lama pakcik tak buat kelas. So seronok la cerita benda-benda lain ini. So berbalik pada topik. Hari ini pakcik nak bercerita pasal:

Cuaca.

Ah ha. Awat tetiba topik cuaca ni? Meh pakcik nak bercerita satu story ni. Kisah benar ni. Ada seorang hamba Allah ini. Elok sungguh paras rupanya. Hensem, comel, tough, tampa...

*Ok pakcik cukup. Kenapa dengan mamat ni?

Oh okk. Mamat ini bercuti-cuti manja di rumah. So dah alang-alang kat rumah. Mamat ini kenalah buat kerja-kerja rumah la kan. Basuh baju. Sidai baju. Haa nak dibuat cerita nya. Ketika itu matahari memancar terik. Fuh. Panas sungguh. Mamat hensem ni pun melihat sekeliling.

"Oh macam takkan hujan je petang ni."

Maka mamat itu pun sidai baju-baju keluarganya di luar. Maksudnya tidak berbumbung la. Haihh itupun pakcik nak kena explain ke? Ok pastu. Mamat ini pun keluar makan. Dalam perjalanan pulang. Awan gelap tetiba berarak menghampiri area-area rumah mamat ini. Pelagi, gelisah bukan main la. Nanti baju tak kering susah lak kang. Tiba di rumah, awan mula memuntahkan air hujannya. Mau macam watson nyambek dah mamat ini lari naik rumah ambil baju. Somehow, dapat la selamatkan kain jemuran daripada basah.

Sekian, itu aje. Jaga diri elok-elok. Jumpa di lain hari ye?

-___-

Ok cukup. Apa yang pakcik dapat simpulkan from cerita benar mamat hensem tough malah bergaya ini. Oh weather is unpredictable. Pakcik dulu belajar sket-sket pasal weather ni. Oh haprak. Sumanya berdasarkan prediction semata-mata. Prediction based on some basis la kan. Tapi yang menentukannya ialah siapa anak-anak? Haa betul. Bila Allah kata jadi, maka jadilah dia. Kan kan?

Tapi apa yang pakcik nak relatekan sekarang ialah antara weather dan kehidupan. Oh kehidupan kita is unpredictable. Seriously it is. Macam weather. Kejap panas betullll. Kejap hujan lebat yang amatt. Eh tetiba lepas itu nyaman pula. Eh pekebende ni?

Haa begitulah dengan kehidupan kita. Kejap kita berasa oh kita sangat bertuah! Tetiba seketika lepas itu, oh rupa-rupanya kita malang sebenarnya. Itulah hakikatnya. Tapi setiap perubahan itu pasti ada petandanya. Seperti cuaca. Kalau nak hujan, akan nampak awannya. Kalau nak tenang, akan nampak pelanginya. Bukan?

Begitu kehidupan. Cuma kita je terleka dengan kesenangan, or terlalu sengsara memikirkan kesusahan. Sampaikan kita tak sedar petanda-petanda perubahan seterusnya. Anak-anak rasa camtu tak? Kalau pakcik salah mohon tegur ye.

Tapi semua itu tak penting. Susah. Senang. Hujan. Panas. Semuanya takdela penting sangat. Apa yang penting bagi pakcik sekarang ini.

Bagaimana kita hidup dengan semua benda itu? Semua ke-tidakbolehteka-an.

Macam orang putih cakap, how do we live with all the unpredictable? *oh sungguh direct translation.

We all will be facing all those types of uncertain, unpredictable things. Kita akan rasa gembira, sedih, menangis, bersyukur dan sebagainya. 

Seperti juga cuaca. Kita akan hidup di bawah terik mentari, ribut yang ganas, angin yang mendayu. Semua kita rasa. Tapi kalau cuaca, bila panas kita cari tempat redupnya. Bila hujan kita cari payungnya. Bila angin kita hayatinya. 

Betul tak anak-anak?

Begitu juga kehidupan kita. Bila kita gembira, kita bertindak begini. Bila kita bersedih, kita bertindak begitu. Maksud bertindak disini bukanlah bertindak semborono je *pergh ayat mewah. Kalau gembira kita bersyukur. Kalau sedih kita berdoa. Sambil mencari jalan melawan kesedihan. Kan?

It does not matter what outcomes of life that we are going to live with
It is unpredictable anyway
But what matters is how do we live with all the unpredictable

We can opt for joy or happiness
Or we can also opt for sadness
But dont be foolish la
Choose live with joy and happiness

And of course, with His blessings
That is our ultimate aim in this world

Sekian, *kali ini betul-betul eh. Semoga sedikit sebanyak dapat mengingatkan pakcik dan anak-anak sekalian. Minta jaga diri, iman dah akhlak ye anak-anak?

Semoga bermanfaat!

Assalamualaikum


No comments: