Saturday, March 26, 2011

Nikmat

Assalamualaikum anak-anak!

Yeah pakcik kembali lagi! setelah dihujani oleh rahmat-rahmat daripada kawan-kawan pakcik yang tersayang *ah haihh gosok member*.

Alhamdulillah.

Pernantian pakcik dengan penat-penat semalam membawa seribu satu kerahmatan. Benarlah. Setiap satu dugaan yang ditempuhi pasti akan dihadiahkan dengan kebahagian selepasnya.

Mana taknya. Dahla bising haram dekat mid tu. Ramai orang. Ada artis mana ntah yang datang. Uiiihhhh. Awek-awek punya menjerit. Pecah gegendang telinga pakcik ni. Nasib baik awek-awek yang jerit. kalau 'awek-awek'? Mahu btempiaran pakcik lari dari mid valley tu.

Pakcik tunggu kawan-kawan pakcik tu, sampai dah terduduk-duduk tak larat siap. Hati fikir nak balik je ni. Takpela next time la jumpa. Tadi dah hai hai peluk peluk bye bye cukupla kan. Member pun busy nak buat macam mane kan?

Tapi pakcik dengan tabah nya tunggu gak dengan ramai-ramai dan mata merahnya. Oh bukan nangis. Tapi penat ye anak-anak. Pakcik tak nangis. Empangan pakcik kuat.

Ewahhhh sejak bila ni?

Pakcik sila jangan menyimpang ok?

Selepas makan makanan jepun yang sangat sedap dan menyelerakan. Sushi. Ohh sangat sedap. Dan sangat mahal. Nak order pun takut. Fuh...sampai sekarang pakcik rasa kesedapan dan kenikmatan kat mulut. *ok dah ngidam dah. Shoot. mengidam makanan mahal. Apakah?

Kemudian, lepas kenyang menjamu selera. Bermula sesi saling mengingati akhirat. Oh dan ianya datang dengan sangat spontan. Sangat selesa. Sangat mendamaikan. Sangat syahdu.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

My old good friends,

Thank you for all the remainders

For all the sweet and serious talk

That we had yesterday

May Allah reward us with all His blessings in this world and hereafter

May Allah shower us with his mercy in this world and hereafter

May Allah ease us the way to His Jannah

Together, we remind for it

Together, we strive for it

Together, we pray for it

May Allah help us

In this world, and ultimately in hereafter

Sedikit ungkapan buat anak-anak:

Andai kau celup jarimu ke dalam air laut, air yang menitis di jarimu itu adalah nikmat dunia. Manakala lautan yang terbentang luas, itu adalah nikmat syurga.


Oh ada satu lagi satu lagi! *excited lak pakcik ni. lempang karang


Jika kamu mencari harta yang banyak

Lambat laun harta itu akan habis juga

Tapi bukan untuk agama

Jika kamu mempunyai masa yang banyak

Lambat laun masa itu akan habis juga

Tapi bukan untuk agama

Ampunkan daku ya Allah

Tunjukkan aku jalannya ya Allah

Pimpinlah daku ya Allah

Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah dan hina ya Allah


He knows better


Anak-anak, sila jaga diri, akhlak dan iman ok?


Assalamualaikum

No comments: