Assalamualaikum
Alhamdulillah. Setelah bergelut dengan kesibukan, akhirnya dapat meluangkan sedikit masa meng'update' blog yang kesunyian ini. Basically, tiada apa yang hendak diluahkan (walaupun banyak). Mungkin satu hari nanti saya akan berkongsi mengenai pengalaman kerja pula.
Apa-apapun, sila perhatikan gambar ini dengan teliti.
Okk. Bagi yang kurang nampak, biar saya jelaskan maklumat-maklumat mengenai gambar di atas. Gambar di atas diambil daripada UWA Musollah (minta maaf Musollah Manager, copyright), berkenaan dengan donation untuk berbuka puasa di musollah. Untuk pengetahuan umum, setiap tahun UWA Musollah akan mengadakan majlis berbuka puasa setiap hari pada bulan Ramadhan.
Tapi bukan itu yang menyentuh perasaan saya. Untuk pengetahuan umum juga, notis ini diambil 2 malam selepas diletakkan/ditampal/ditayangkan di musollah. Dengan kata lain, sebanyak 10 000+ aud dollar berjaya dikumpulkan dalam masa 2 malam.
Ya. 2 malam sahaja. 2 malam sahaja diperlukan untuk mengisi semua tempat kosong (sampai saya pun terlepas).
Oh ya, sebelum itu. Total wang yang perlu dibayar/diderma untuk berbuka puasa ini adalah sebanyak 300 aud dollar untuk makanan dan 50 aud dollar untuk minuman.
Baik. Cuba perhatikan yang ini pula.
Penerangan : Gambar diatas menunjukkan senarai nama yang akan berbuka puasa di musollah. Tujuannya bukan untuk memalukan orang, tetapi untuk menganggarkan jumlah yang akan berbuka puasa.
Gambar ini juga diambil 2 malam selepas ia ditampal. Jika kita lihat baik-baik dan bandingkan dengan gambar sebelumnya. Tempat-tempat kosong masih banyak lagi yang belum diisi.
Bukankah persepsi masyarakat di Malaysia sekarang "Menerima lebih rela daripada memberi?"
Maka jika mahu diikutkan, gambar kedua akan lebih penuh berbanding dengan gambar yang pertama.
Contoh yang lain pula, ketika ada pengumuman mengenai kutipan wang untuk pembinaan masjid. Ketika itu pengumuman dibuat selepas solat Jumaat. Hasilnya, sebanyak 1000+ aud dollar telah disumbangkan oleh dermawan-dermawan Muslim di sini. Dan wang kertas 50 dollar yang paling banyak disumbangkan. Inilah apa yang dikatakan dengan nikmat Islam itu sendiri. Masing-masing berlumba-lumba kearah kebaikan. Sebagai perbandingan, jumlah kutipan derma ketika solat jumaat di masjid yang terletak di Setiawangsa, KL adalah sebanyak RM 3000+ secara purata (jika ada pengumuman pembinaan masjid sekalipun, jumlah tetap akan berlegar di angka tersebut). Dan jumlah purata jemaah yang solat di masjid itersebut adalah berpuluh-puluh kali ganda daripada jumlah jemaah di sini.
Inilah antara satu keistimewaan apabila belajar di negara yang majoritinya bukan Islam. Community Islam itu lebih terasa. Perpaduan dan kemesraan antara Muslim amat berbeza jika hendak dibandingkan dengan di Malaysia. Tidak kiralah berlainan kulit, bangsa ataupun harta, semuanya sama di sisi masyarakat Islam di sini. Persoalan disini; Adakah apabila kita berada di golongan minoriti, kita lebih bersatu?
Bukannya niat saya untuk memburuk-burukkan masyarakat di Malaysia (Muslim especially). Cuma ingin meluahkan apa yang terbuku di minda, yang tersirat di hati. Kita di Malaysia, lebih memperjuangkan semangat bangsa. Ya. Memang ada yang akan mengatakan bangsa merujuk agama (sebagai menggantikan perkataan agama yang dikatakan lebih sensitif). Tetapi jika benar ianya merujuk kepada agama, adakah kaum-kaum Cina dan India yang beragama Islam mendapat layanan yang serupa? Layanan disini adalah dalam konteks adil dalam pemberian 'hak-hak keistimewaan'.
Alangkah bagusnya jika kita perjuangkan agama, bukan bangsa.
Sebelum itu, ini tiada kena-mengena dengan UiTM harap maklum. Walaupun saudara-saudari boleh meneka apa pendirian saya mengenai isu tersebut. Yang ingin berdebat, sila meninggalkan pesanan.
Ok. Kesimpulannya. Saya lebih tertarik akan tawaran perpaduan yang ditawarkan di sini berbandingkan tawaran di Malaysia yang lebih bertopengkan bangsa. Sebab itu, tidak keterlaluan saya mengatakan;
"Follow footsteps Rahman best gak eh."
Rahman (bukan nama sebenar) merupakan seorang doktor Islam warganegara Malaysia yang sedang berkhidmat disini.
Sekian.
Salam gembira di hujung minggu.
1 comment:
dah x lama nak puasa kan. hehe. selamat berpuasa in advance. haha. xde kaitan ngan entry :P
Post a Comment