Tuesday, February 22, 2011

25 things about me.

Assalamualaikum!

Wohaaa bangganya after sudah tak menulis selama beberapa tahun! Eh dua tahun lebih to be exact! Ouch lamanya! tapi I tak taula kalau2 blog I ni masih ada secret admirer lagi kan *eh dulu ada ke? *

Anyway, mari kita bersama2 refresh balik sebab apa aku tulis blog ni? Dulu punya niat sebab saja2 je. Nak share kat orang ramai. Yela dulu study. Masa banyak terbuang. So daripada buang masa. Baik menulis ye tak?

Tapi sekarang?

Sekarang more on sentimental values sketla*acecece aku lempang diri sendiri kang*. Yela bila baca balik post2 yang terdahulu. Awww memories~ tapi kelakar. Haishhh

Rasa-rasa tujuan utama more to menulis apa yang terbuku di minda, yang tersirat di hati. Apa-apa yang aku boleh tulis untuk buat teladan. Aku tulis. Untuk kebaikan semua orang juga. Aku pun dapat gak. Sebab? Ha ni sebab dia:

“The best way to teach ourselves is to teach people. The best way to remind ourselves is to remind people. The best way to improve ourselves is to improve people.”

Itula yang aku pegang dari dulu sampai la sekarang. Sebab tu kalau time zaman2 skema2 time study dulu. Aku suka mengajar. Sebab nanti yang dapat benefitnya aku gak ye tak?

Tapi takpe. Lets make it informal la senang cerita. Nak tulis skema2 pun nanti janggal pula. Nak tulis sempoi2 pun nampak cam tak matang. So better kita ambil tengah2la. Tapi dalam Islam takde tengah2 tau. Elakkan syubhah. Eh ewahhhh. *eh teladan2*

Allow me to rejuvenate my blog *eh baru nak start?* with a little bit of introduction about myself.

25 benda je tak banyak. (sarcasm harap maklum)

1. Rasa2 time umur aku tak sampai setahun lagi orang dah panggil aku ejul dah. Eh ke comel? Or tomei? *dush dush pukul diri sendiri*. So paham2la eh. Nama glamour aku ejul. Tapi ada je orang panggil aku nama2 lain. Aku tak kisah. Janji benda tu tak melambangkan benda yang tak baik.

2. Aku lahir di Sarawak (ye diulangi Sarawak ye. Ha ko jangan nak buat muka lak) uihh. Garang betul. Anyway. Menetap beberapa tahun di Sarawak sebelum berpindah ke semenanjung. Time before tadika lagi dah pindah semenangjung dah.

So kira orang KL la ek?

Oh tidak tidak. Kamek Sawarakian. *pewwiitt! Baru berbahasa sket dah claim Sarawakian! Cet!

3. Selama aku belajar dalam system pendidikan Malaysia ni. Ada 3 sekolah yang aku dah pergi. Ketiga-tiga sekolah tu sekolah single sex. Sekolah laki la. Kalau aku gi sekolah perempuan owhh alangkah bahagianyaaa.

Sekolah rendah sekolah laki. Sekolah menengah pun sekolah laki. Pastu budget masuk asrama time form 4 dapat campur la? Uhh jangan harap. Dapat lagi sekolah laki2. haihhhhhh

Tapi aku tak gay. Haa. Korang jangan ingat aku songsang lak.

4. Oh setakat ni aku dah ada koleksi 4 orang kekasih dah. Pewiiit!! Ni betul2 buaya hardcore ni. Alaa. Yang first and second tu zaman budak hingusan je. Bila masuk 3rd and 4th tu baru hingus dah kurang sket. Hehe. Tapi I single sekarang ni. heee. *pannnggg. Tu pun nak cakap ke?

5. Oh aku tak dapat 5A time kat sekolah rendah dulu. =(. English aku dapat B. Nangis teresak2 kot atas peha mak aku. (Alololo anak makk)

6. Oh (asal oh dijadikan sebagai pembuka bicara ni?) family aku suma 6 orang jumlahnya. Parents and 4 siblings. Akak2 aku dan aku ada adik lelaki seorang.

7. Ok dah penat. Perlu ke sampai 25?

8. Eh aku lahir tahun 88 la! Ong ong! *sindrom dah malas tulis dah

9. Aku baru berumur 9 tahun. Masih belum mengenal erti dunia lagi. Rutin harian aku? Mainnnn je keje. Belajar tak mau. Lari sana lari sini. Before sekolah gi main kat padang. Sekali time assembly kena isolate sebab baju aku tersangattt kotor. Haishh malu aku malu

10. Yeahhh. Time ni aku baru darjah 4. First love aku. (eh ewahhh menggatallll). Bukan first love la. Yang ko g caya pesal? Time ni couple main2 je. Haishh. Ape kena darjah 4 dah kapel2 dah? Oh biasala single sex school. Hot2 gitu. =p

11. Oh darjah 5 aku masih bersama2 dia. Setia kot! (Eh dulu kau tau erti setia ke weh?) hermmmm. Eh ntah. Tapi ada aku kisah sekarang?

12. Ah haa. Ni prime time sekolah rendah. Of course la kan. Darjah 6 kot. Paling senior di sekolah. Cikgu2 selalu cakap. ‘’Azizul, azizul kena tunjuk contoh terbaik untuk adik-adik tau. Azizul dah jadi senior dah sekarang’’. Ouch masih aku ingat lagi pesanan cikguku. Tapi apa yang aku dah buat kat sekolah? Hancusss. Huhu.

Eh tapi banyak gak yang aku tabur bakti time darjah 6. Pokoknya darjah 6 paling best la! Masuk nasyid la (ewahh nak sebut gak tu), jaga taman burung sekolah la. Bendahari la. In charge hari anugerah cemerlang la. Siap jadi pengantin lelaki tu. Fuhh pengantik perempuan tu cun gila. Tapi time tu apa pikir kan? Benda2 tu bukan aku tau pun.

Haa. Time ni gakla aku couple lagi sorang. Perghh. Yang lama tak clash pun dah couple lagi sorang. Ala yang lama lost contact. Kata budak2. Clash pun aku tak tau maksud dia time kecik2 dulu. Anyway. Yang 2nd ni sekejap je. Months. hehe

13. Wohooooo! Zaman baru beb! Sekolah menengah dah. Seluar dah kaler hijau dah. Takde kaler2 biru lagi. Member2 punya seluar sume nak yang tempah2. Jun saito la. Cantona 7 la. Eh eh aku tak tempah pun. Mahal sangat. Kesian kat mak aku. Aku pakai seluar canggih je. Perghh memang canggih la. Haa time ni sangat seronok. Macam2 terjadi. Jumpa cikgu disiplin la. Kantoi ponteng la. Kena rotan la. Tengok member bawa ganja la. Tapi on top of that. Aku happy. So ada aku kisah? (ko xkisah xyahla cerita kat orang. Ada orang kisah ko kisah?)

Huh garangnya monolog tu. Hey ko sedarlah sape yang tulis ko weh. Lupa suami. Eh eh perempuan ke? Haa tu yang kita tak tau tu.

14. Ouch. Ni zaman gemilang terbilang hulubalang beb. Time ni la aku aktif dalam PKBM. Ala yang ala2 tentera tu. Haa sebab tu la u all tengok body I ni ketul sana ketul sini. (eh bukan yg gelebeh2 kat perut ni). Haishhh korang ni. Uishh time ni pun aku suka gak. Masuk hutan cari kayu untuk tidur. Perghh. Memang best of the best la. Menang peringkat kebangsaan kott. Mana nak dapat? Depa dok kutuk2 orang Bandar takleh kawad senjata la. Tak larat nak angkat senjata la. Anak emas la. Haaa. Tengok sapa menang? Siap dapat puji-pujian from judges lagi. *eh emo plak tetiba. Relak sudey

Weh korang. Time ni la aku jumpa first love aku. Cewwahh.

15. Ouch zaman PMR. Memandangkan aku gagal dalam UPSR kan. So aku nak tebus habis-habisan. Activities suma aku tak dah tak join dah. PKBM aku join peringkat KL pun sebab diorang tak cukup orang je *budget hero la kan. Tapi time ni la aku dok tuition hari2. Perghh. Takleh tahan. Isnin rabu and jumaat malam tuition dekat2 dengan rumah. Selasa and khamis petang dekat dengan sekolah. Sabtu ahad satu hari tuition dekat UM. Berapa banyak seminar dah aku pergi? Tak terkira.

Perghh. Memang gigih. Tapi berbaloi. =)

16. Ok time ni aku dah budget gila nak masuk sekolah co-ed. At least nak merasa sket study ngan awek2 kan. Baru terasa diri ini begitu berharga. (Cewwwahhh dia ni. Takleh bagi can nak menulis). Tapi apakan daya. Sekali dapat sekolah laki gak la. Haishh. Tapi takpe. Memandangkan dekat Putrajaya. Maka aku pun melangkah pergi. Time ni la zaman ntah pape aku. Result teruk. Akhir tahun nye result dapat 5A je. tu pun yang jenis dok pujuk rayu cikgu. Cari kesalahan cikgu bukan main gigih. Yela nak dapat A kan. Klau tak memang teruk la result aku.

Time ni la akak aku cabar sambil perli2 aku. Dia kata kalau aku dapat straight A’s dia bagi aku 500 ringgit. Uiiihhh. Time tu 500 ringgit sangat banyak kottt. Tapi aku sahut. Time cuti hari2 aku pergi library study. Gigih gila

17. Haa. Time ni zaman skema aku yang sangat2 skema. Bangun pagi kol 5.25. then jadi orang pertama bukak lampu toilet. Pastu mandi2. Siap2 pakai baju sekolah suma. Kemas katil. Dalam kol 6 sambung tidur balikkk. Tapi tidur kat tepi katilll je. Tidur duduk plak tu. So nanti nak tegangkan senang. Pastu bila warden datang nak rotan. Aku terus bangun! Haa. Bijak tak? Ok aku tau aku skema. Solat pukul 6.30. banyak g masa nak tidur tu.

Pastu pas solat terus direct g dewan makan. Then g kelas. Dalam kol 7 dah ada dalam kelas dah. Jadi orang pertama lagi bukak lampu. Pastu aku pun tidur balik kat kelas tu. Hehe. At least klau dah nak assembly tu aku xlambat. Takdela tidur kat dorm kan? Pastu habis kelas kol 2.45. kol 3.30 masuk prep. Sampai kol 5. Then balik solat. Pastu g main2 apa2 yang patut. Ouhhh memories. Then malam pun prep. Kol 12.30 wajib tidur. Fuhh skema sekian terima kasih. Tapi berbaloi. =)

18. Yeay result SPM dah kuar. Alhamdulillah. Tapi aku terjatuhkan camera member aku. So duit yang akak aku bagi tu tpaksa buat bayar camera. Uhk uhk tak sempat enjoy. Tapi takpe.

And yeay before result kuar aku dah sambung belajar dah. Alhamdulillah. Eh tapi aku dah hilang zaman yang ditunggu2 weh. Zaman bercuti. Bekerja. Berdating. Ni orang buat part time. Aku dok sibuk study tkedek2 kat foundation tu. Tapi takpe. Ade aku kisah? Eh kisah gak la. Sob sob.(ko lempang je ejul ni. Ngade lak)

19. Alhamdulillah. Hajat aku nak merasa pergi ke Negara mat salih termakbul jua. Hajat aku nak g tengok Sydney Opera House pun termakbul jua. Huhu. Tapi time ni zaman aku beriman sket *ceh tahun lain tak beriman ke?. Tapi bagusla. Terdedah dengan peha2 yang terdedah. So Alhamdulillah masih beriman. Time ni la macam2 shock aku ada. Culture shock la. Food shock la. Muslim shock pun ada. Tapi takpe. Suma tu aku anggap steep learning curve. Ewahhh ayat indah!

20. Ouch. Tahun kedua di university orang kafir. Ala dulu belajar bertahun2 kat sekolah pun sekolah kafir gak. Sekolah mubaligh lagi. Tapi takpe. Tahun kedua ni macam biasa. Belajar macam2 from macam2 orang. Seronok, seram dan sepi.

21. Final year di university. Macam2 berlaku. Clash dengan first love aku tu la. Sedih seyh. Tapi takpe. Dalam tahun tu gak dapat pengganti. Eh ewahh. Rosak rosak. Tu 2nd love lak. Hehe. Tahun ni seronok! Banyak mengajar aku erti kehidupan. Mengenal erti sedih, marah, gembira, simpati, curious dan macam2 lagi la (mati la aku nak tulis banyak2 kan. Jari dah lenguh dah ni)

22. Ohh hooo zaman baru pula! Zaman berkerja. Ni memang totally different la. Daripada zaman muda mudi. Involve di zaman corporate lak. Eh mana g zaman remaja aku? Ouch. Kecik2 dah terdedah dengan suka duka corporate. Tapi takpe. I take it as a challenge (yo o je kau eh)

Anyway. Tahun ni pun sedih gak. Clash lagi. Haishhh. Pastu sekarang dah malas couple sampaila kawen. Wohaa lagi bahagia. Bercinta lepas kahwin. Hehe

Dan saya ada KPI yang tersendiri. Ingin mempunyai asset yang bernilai 1 juta ketika saya berumur 30 tahun. Impossible? Well make it possible then.

23. Ye saya berumur 23 pada tahun ini. Have been a year in corporate world. Not a year older. But a year better.

24. Ok projected pada tahun ni saya akan focus on my career aspiration. (eh jul satu lagi satu je lagi! Wiwiwiwi)

25. Yeahhhh. Sampai di garisan penamat! Tahniah jul tahniah!

Sekian, hopefully it’s a good start for me to write back. Semoga dirahmati!

Assalamualaikum!

2 comments:

fatyn said...

abg ejul (aku rasa nak muntah panggail ko abg) !! hahaa

takpe2. aku doakan ko dapat aset 1 juta tu ek.. then leh belanja bakal anak2 buah ko nanti.. :) moga murah rezeki n dirahmati :)

Ejul said...

InsyaAllah. yang penting dirahmati =)