Assalamualaikum ye anak-anak.
Haa. Mari semua duduk depan pakcik meh. Lagi dekat lagi bagus. Lagi dekat dengan ilmu. Itupun kalau pakcik nak cerita pasal ilmu la. Kalau pakcik mengarut. Anak2 nak duduk belakang sekali pun takpe. Tapi kalau pakcik nak berkongsi ilmu. Anak-anak kena rebut tempat depan sekali tau. Sesungguhnya time Rasulullah SAW menyampaikan dakwah dulu, para sahabat duduk dekat sangat dengan Baginda. Dekat sampai lutut bertemu lutut. Haa. Betapa eager nya para sahabat dulu dalam menuntut ilmu.
So pakcik nak anak-anak pun gitu gak. Kalau masuk kuliah tu. Duduk la depan2. Kau budget duduk belakang2 boleh usha2 awek la? Kau nampak belakang kepala awek je weh. Kalau awek tu pakai tudung. Langsung tak nampak ape. Better ko duduk depan. Nak usha awek pandang je la kat belakang. Betul tak? Kalau dia perasan lantak dia la. Perempuan memang cepat perasan. Tapi kita kena maintain cool. Boleh?
Kalau tak percaya betapa mujarabnya duduk dekat dengan ilmu ni. Cuba experiment sket. One day korang duduk belakang. Then esoknya korang duduk depan. Cuba compare tahap konsentrasi dan kefahaman korang. InsyaAllah sangat berbeza. Kalau korang tak tidur la kan. Kalau tidur pakcik lepuk je kalau pakcik jadi lecturer.
Haa cukup dengan mukadimah pakcik. Terlebih panjang lak. Boleh buat satu lagi post siap. Nampak banyak sket nukilan pakcik. Tapi takpe. Hari ini pakcik nak bercerita tentang dignity. Sorry la anak-anak sebab pakcik tak tau bahasa melayu bagi dignity. Sesiapa yang tahu boleh beritahu pakcik ok? Jangan malu jangan segan. Jangan jadi melayu yang segan. Paham? Tak paham sila tutup nukilan pakcik sekarang. Sekarang.
Oihhh garangnya aku hari ni.
Semalam. Pakcik berkenalan dengan seorang saudara seislam ni. Macho gak rupanya. Rambut belah tengah. Putih2. Hensem2. Alaaa macam ala2 pakcik la. Putih is the keyword. Paham?Lelaki-lelaki zaman sekarang ni memang hensem2 ye tak? Ok jangan geleng2 pale. Apa pakcik cakap? Tak paham tutup ok?
Tapi yang membuatkan pakcik tertarik dengan brother yang hensem ni. Bukan sebab pakcik gay. Uihhh. Nabi tak mengaku umat weh.
Woi. Pakcik tau la pakcik dari kecik sekolah laki je. Tapi jangan la nak buat muka jelek kan? Aku lempang sorang2 ni kang.
Ok sambung2. Brother tu nama dia Yusof. Pakcik tak tau macam mane nak eja nama dia. Tapi sebutan dia Yusof la. Apa yang istimewanya pasal abang Yusof ni. Allah uji dia di dunia ni. Allah uji kesabaran dia.Allah uji keyakinan dia. Allah uji ketahanan dia.
Allah uji dengan tidak memberi daya penglihatan kepada dia.
Ya. Abang Yusof ini tak dapat melihat.
Tapi abang Yusof ini melihat menggunakan akal fikiran. Kita ni celik je lebih. Tapi kita tak guna pun akal kita sehabis yang mungkin. Haa. Kan pakcik dah kutuk diri sendiri.
Berbalik pada cerita abang Yusof ni. Brother ni dah 5 tahun menetap di KL. Mula2 pakcik segan nak berborak dengan dia. Takut kalau2 pakcik menyinggung perasaan brother hensem ni ke. Serba salah pakcik jadinya. Tapi. Tengok brother ni pun melayan pakcik cam member dia je. Pakcik pun apa lagi. Pot pet pot pet la. Alaa. Cam korang tak buat je kan? Ngaku skang! Haa takuttt
Eh macam terlalu details lak pakcik cerita. Okk nak dibuatkan takeaway nya disini. Semenjak pakcik mula memahami erti kehidupan ni *cewwahhhh*. Segala perbualan dengan brother tu. Sedikit sebanyak menyentuh hati pakcik. Eh pakcik takdela sampai mengalir air mata kan. Empangan pakcik kuat. Sekadar bergenang je. Tak pecah lagi. Ego laki kottttt
Bagaimana seorang yang buta, boleh menjalani hidup yang susah di KL ni? Pakcik tengok brother ni gembira je. Tenang je raut muka dia. Pakcik pun jadi tenang.
Brother ni keje kat mid valley. Reflexology. Dekat tingkat dua kat north area kot. Haa pergilah try. Mane tau best kan. Eh pakcik takdapat komisyen tau dok promote2 ni. I wish I could. Hoiii tak ikhlas langsung
Brother ni dah kawen. Bini dia mengandung 6 bulan. Tanya laki ke perempuan. Brother ni gelak je. Dia kata hari tu scan tak confirm lagi. *haishh pakcik lelebey la kan tanye macam2. Korang lempang sket pakcik ni. Haaa berani ko angkat tangan?
Perkenalan pakcik selama 30 minit semalam, cukup buat pakcik puas. Puas dengan segala kehidupan yang pakcik ada. Puas dengan segala kelebihan yang pakcik ada. Puas dengan segala-galanya. Apa yang pakcik maksudkan puas di sini adalah:
Appreciate.
Kita celik. Kita berkata-kata. Kita mendengar. Tapi kita tak tahu menggunakannya. Sedangkan ramai lagi yang memerlukannya
Kita memandang benda yang tak sepatutnya. Kita berkata benda yang dilarangNya. Kita mendengar benda yang dilaknat olehNya.
Mana pergi dignity kita? Sedangkan Allah anugerahkan kepada kita. Untuk kita berlaku baik. Untuk kita berlaku adil. Tapi kita buat ke?
Tak kan?
Oh mengaku jela. Jangan nak berpura-pura baik pula.
Eh tapi kalau baik pun jangan sedih pakcik tak puji lak k?
Dalam penat-penat pakcik berdiri sambil usha2 awek. Pakcik terfikir sejenak. Bagaimana isterinya yang dah mengandung 6 bulan, menjaga suaminya yang buta? Bagaimana pula suaminya yang buta, menjaga isterinya yang mengandung 6 bulan?
Nampak tak anak-anak. Betapa besar dan mulianya pengorbanan mereka masing2? Brother ni tak dapat pun kelebihan yang Allah bagi. Tapi life has to move on. Ini kita yang celik ni. Yang sempurna sifatnya ni. Apa2 pun nak bergantung pada orang lain. Guna cable la. Bawah meja la. Ahhh sampah kesemuanya!
Eh tapi korang jangan membuang sampah merata2. Paham?
Itu sahaja dari pakcik. Sebenarnya. Korang baca panjang2 ni. Pakcik nak sampaikan satu message je actually. Korang jangan bengang lak. Duduk sampai cram2 dah kaki. Benda nak cakap satu ayat je kan.
Spend more time with the old and unfortunate people. Then you will appreciate and live your life with dignity.
Live with dignity. Live with love. Live with strength. Ultimately, Live with Islam.
Sekian, jaga diri, akhlak dan iman ok anak-anak?
Assalamualaikum
2 comments:
baik pakcik! this entry ponders people significantly. at least for me ;)
and I'm glad. =)
Post a Comment