''Uihh kak nita oiii. tengok si senah tuu. Suami dia belikan beemer 5 series tuuu. ''
''Bang2, jiran seblah baru tukar sofa ikea tu bang. Cantik sofa dia bang. Esok teman gayah g ikea boleh bang? Alang2 boleh pekena meat ball skali bang. Dah lama gayah tak makan meat ball ikea yg padat dan yummy tu bang’’
''Anak sedara cik kiah itu baru renovate rumah bang. Besar rumah dia bang. Abang taknak beli tanah belakang umah tu ke bang? Boleh besarkan dapur sket. Senang kitorang nak gosip2 kat dapur bangg’’
Ah haaa. Cuba teka apa persamaan dialog2 diatas? Cepat…cepat..cepat…ok lambat. Korang perhatikan betul2. Yang bercakap semuanya perempuan. Ye dak? Apa maksudnya anak2? Kaum perempuan niii kann….
Ok dah. Cukup2 nak ngumpat. Assalamualaikum kepada semua anak2 pada hari ini. Semoga sihat2 dan maintain comel selalu ye. Macam pakcik kecik2 dulu *ah haih!*
Pakcik alhamdulillah seperti biasa. Selagi diri ini masih bernafas, selagi minda ini masih berfikir, selagi mulut ini masih boleh berbicara, pakcik akan sentiasa seperti biasa.
Anyway, berbalik pada tajuk kita pada hari ini iaitu Bagaimana mahu menjadi kaya? Sebut je pasal kaya, sume pun
Wohaaaa! Ka ching$$$!! *mata bertukar menjadi duit
Eh apa ni pakcik? Jangan tipu budak2 boleh tak?
Oh ok. Pakcik tipu je mata boleh bertukar menjadi duit tu. Korang jangan percaya membabi buta lak. Haa kan babi dah kuar.
…………………….-_-
*oh bagi sesapa yang tak tahu. Symbol di atas merupakan symbol hambar ye rakan2.
Okk. Mari kita sambung sesi sharing kita ni. Hari ini pakcik nak ajar hangpa suma bagaimana nak menjadi kaya. Tak kisahla hangpa suma nak kata kaya duit ka. Kaya ilmu ka. Kaya dengan budi pekerti ka. Lantak hangpa la. Pakcik bahagia je ngan makcik kamu tu. *ok yang ni hambar tak tipu
Bercakap pasal soal kaya duit. Pakcik mempunyai satu wawasan yang nak dikongsi bersama semua. Ni wawasan pakcik time awal2 masuk kerja dulu la. Pakcik bercita2 nak mempunyai asset berjumlah 1 juta by the time pakcik reach 30. Ah haa. 30? Pakcik ni umur berapa? Rahsia. Acece budget artis. Lempang pakcik skang boleh?
Dulu pakcik selalu fikir. ‘’uihhh. Bestnya kalau dapat jadi kaya. Boleh beli kete besar. Rumah besar. Jalan jauh2. G merata2 tempat.’’
Korang pun ada fikir camtu kan? oh come on. Mengaku je la. Pakcik tak kata korang salah pun kan? so better angguk je. Takyah nak cebik2 muka.
Yela. Kalau dah ada duit banyak. Semua senang. Nak beli senang. Nak itu senang. Nak g ni senang. Betul tak? Kannn. Pakcik pun suka gak benda yang senang2 ni. Seronok memikirkannya. Bahagia.
Eh bahagia ke?
Bahagia ke bila kita ada duit yang sangat banyak ni?
Bahagia ke bila kita boleh pergi kemana2 yang kita suka?
Bahagia ke kalau kita boleh beli apa sahaja yang kita suke?
Bahagia ke kalau rumah besar 3 tingkat? *oh sakit kaki adela
Haa. Cuba anak2 tepuk dada kuat2. Pastu jerit. Eh apa maksud bahagia bagi diri aku? Jerit kuat2 tau. Tak nak jerit sila tutup page pakcik sekarang.
Benarkah kalau kita dapat semua tu kita akan bahagia?
Pakcik hari tu berkesempatan bersarapan di muara sungai yang sungguh nyaman. Sungguh indah. Sungguh damai. Kemudian, pakcik terserempak dengan beberapa orang kampung di situ. Pakcik tengok diorang. Happy. Senyum. Muka berseri-seri. Oh cuba kita bandingkan dengan orang kl waktu pagi. Tension. Tak senyum. Muka toyo. Sebab apa eh?
Sebab diorang ingat jadi kaya baru bahagia ke?
Sebab diorang ingat keje penat2 so that bila dah kaya kemudian bahagia?
Owh kesian rasanya. Pakcik pun kesian kat diri sendiri gak. Pakcik pun cam diorang gak la. Gi keje pepagi. Naik putra usha2 awek. Kalau awek senyum baru la pakcik senyum. Kalau tak. Jangan harap. Oh pakcik memang ego.
Tapi bila pakcik bersemuka dengan mereka2 yang benar2 bahagia. Pakcik terasa…
Rendah diri
Eh sebelum tu camne pakcik tau diorang bahagia?
Ah lantak pi la. Janji appearance diorang nampak bahagia. Pakcik assume la bahagia.
Ok sambung. Pakcik pernah dengar Ustaz MAZA cakap. Lebih kurang ginila dia cakap. Pakcik ada tambah2 sket tau. Biasalah nama pun warisan orang. Dongeng la jadinya. Kang nanti kalau pakcik cakap lain sket. Korang jangan nak saman2 pakcik pula eh.
Dia cakap. Orang yang di depan matanya penuh dengan makanan yang hebat2. Makanan yang enak2. Tapi tak semestinya bahagia berbanding dengan orang yang di depan matanya hanyalah nasi dan satu dua lauk sahaja. Orang yang naik kete besar besarr. Yang duduk atas kerusi kulit yang empukk. Pemanduan kereta yang stabil. Bunyi kabin yang sunyi *oh ok dah macam review kete pulak*. Mereka tak semestinya bahagia berbanding dengan orang yang naik kete cabuk yang kecik dan uzur.
Oh ye. Sebab apa diorang yang pakcik anggap kurang bkemampuan ini, bahagia? Even lagi bahagia daripada orang2 yang kita kata lebih bkemampuan. Sebab apa?
The only reason yang pakcik dapat pikir skang is..
Syukur.
Mereka bersyukur. Sebab itu mereka bahagia.
Kita tidak bersyukur. Sebab itu kita asyik mengejar tak sudah-sudah. Tension sana tension sini.
Last2 cuba kita tanya diri kita sendiri. Eh, aku bahagia ke?
Oh tapi tak salah kalau kita nak yang lebih baik. Janganlah bila orang tanya kenapa kita tak berusaha menjadi yang lebih baik. Kita jawab. Oh aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.
Haa aku lempang kanan kiri laju2 kalau korang cakap camtu.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, sambil mencari yang lebih baik. Tapi jika kita gagal, maka bersyukurlah. Sambil berusaha lagi. Tanpa mengenal erti jemu.
Sesungguhnya. Dr. Maza berkata. Syukur itu lebih susah daripada bersabar. Betulkah? Well, tepuk dada korang pikirlah sendiri. Takkan suma pakcik nak bagitau je.
Ok. Pakcik bagitau.
Cuba korang comparekan syukur dan sabar. Mana yang lagi susah korang rasa? Haa itulah jawapannya! *ohh sangat tidak membantu!
Sekian. Ingat pesan pakcik. Jaga diri, iman dan akhlak ye anak2.
Assalamualaikum
1 comment:
Post a Comment