Saturday, May 24, 2008
Exam oh exam
Alhamdulillah.
"exam is just around a corner."
Apakah?? makin dekat makin bersyukur? aku sudah tidak betul. =p
bukan begitu. semakin dekat exam. semakin dekat dengan kesedaran. janganlah dah terhantuk baru nak terngadah. betul tak? dan secara optimisnya. semakin dekat dengan cuti. yeahhh!! holiday!!
okkk. cukupla segmen tidak matang saya. berikut adalah jadual peperiksaan yang bakal saya dan empat sahabat petronas lain hadapi.
saturday 14 june 2008 - EART2231-Earth Materials (practical)
bakal dilangsungkan selama sejam setengah. diberi beberapa jenis batu beserta seksyen nipis (thin section) yang berada di payung yang sama iaitu 'igneous rock'. para pelajar perlu meneliti dan membuat tafsiran mengenai struktur-struktur, mineral-mineral yang ada dan juga menamakan batu itu berdasarkan 'IUGS classification of igneous rock'. boleh dikatakan sebagai killer paper sebab lecturer yang amat 'best'. berjumlah 20%
Monday 16 June 2008 - EART2231-Earth Materials (theory)
selama 3 jam 10 minit. soalan-soalan berkisar tentang igneous dan sedimentary rocks. dari perbezaan struktur kimia mineral-mineral sampailah berkaitan dengan magma dan pembentukan gunung-gunung berapi. amat banyak yang perlu dibaca. semuanya berjumlah 45%. dan semuanya memerlukan usaha yang gigih dan berterusan. insyaAllah
Wednesday 18 June 2008 - PETR2510-Petroleum Engineering Fundamentals
Yes!! inilah paper yang ditunggu-tunggu. unit yang diajar oleh lecturer yang berasal daripada europe utara yang amat sukar untuk memahami apa yang dikatanya. ibarat mendengar seorang russian berbahasa english. walau bagaimanapun lecturer pada kali ini turut menyertakan soalan mengenai perkiraan tensor stress dan sebagainya. bagi bab theory, rasa-rasanya tiada apa-apa masalah. bila masuk bab calculation, itulah masalah yang kebanyakan students alami. soalan-soalan berkenaan dengan exploration oil and gas sehingga production oil and gas. juga akan dilangsungkan selama 3 jam 10 minit. berjumlah 60%. amat banyak jika dibandingkan dengan yang lain.
Wednesday 25 June 2008 - EART2201-Introduction to Geographic Information Systems
7 hari break dan ini menyebabkan saya tidak akan sentuh unit ini sampailah habis exam PETR2510. seperti kebanyakan paper-paper sebelumnya, exam ini juga akan dilangsungkan selama 3 jam 10 minit. apa yang akan ditanya? segala yang berkaitan dengan GIS dan applicationnya. boleh dikatakan agak sukar. berjumlah 40%
29 June -6 July 2008 - EART2232 Field Geology
field trip selama seminggu di Ninghan Station (tempat dimana tiada menerima line hp) amat menguji kekuatan fizikal dan mental para pelajar. study akan tertumpu kepada 'geology of the northwestern Yilgarn Craton'. pelajar akan 'dibebaskan' untuk mengumpul data dan menganalisa semua data-data yang terkumpul. bertolak dari kem pada pukul 7.30 am dan akan pulang approximately pukul 5.30 pm. kami digalakkan oleh lecturer untuk mempunyai sepasang kasut yang tahan lasak dan selesa kerna kami akan berjalan kaki selama hampir 10 jam untuk 5 hari berturut-turut. dan pada petang (29 june) kami sudah perlu memulakan fieldwork kami. aduh. selepas 8 jam (kalau tidak silap) berada di dalam bas. keluar-keluar terus membuat kerja (panjat bukit minta jauh seperti 1st year field trip). akhir sekali, report perlu dihantar sebelum pulang ke perth untuk penilaian. berjumlah 65%
Selepas itu barulah saya dan 4 sahabat yang lain menikmati winter break kami.
sekian
sama-samalah kita berdoa kejayaan anda dan kami semua.
amin
salam gembira ketika dihimpit kesibukan
*gambar - kredit untuk akak kepada saudara mochenkt
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Haha.. terkejot ako tgok pic tuh.. haha.. anyway gmbar hakcipta trplihara.. ye ye jek ako.. wakaka.. anyway.. all da best ejul.. u can do it.. byk²kn tawakkal..
mahasiswa geology pong ada field trip gak.. jauh di NSW nun.. haha.. semoga berjaya exam kali ini!
Post a Comment