aku masih ingat time zaman sekolah2 dulu. time zaman aku masih baru nak mengenal ayat. masih baru nak mencongak masalah. masih baru nak menyesuaikan diri dalam kehidupan seharian. banyak pengalaman2 yang aku lalui. dari dikejar anjing (primary) sampailah megejar anjing (secondary). dari dikutuk cikgu sampailah dipuji cikgu. but bukanla semua pengalaman2 yang akan aku kongsi ngan korang sume (kalau sume xgrad la aku). cume beberapa sahaja yg ingin dikongsi kerana kekangan masa dan sebagainya.
mungkin ramai orang akan mengatakan yang pengalaman2 yg aku akan kongsi nie merupakan pengalaman pahit. but bagi aku. pengalaman nie adalah satu bentuk ajaran yang lain drpd yg lain yang diberikan drpd Allah melalui mereka2 yang dipilih-Nya.
*****************************************************************************
ketika aku di sekolah rendah. aku pernah didenda dan diasingkan ketika perhimpunan rasmi. atas alasan baju kotor dan sebagainya. memang. memang baju aku tersangat kotor. aku bermain bola dan blari2 sebelum sekolah bermula (sekolah petang). jatuh berguling sepak tergolek adalah perkara biasa. but perlukah sampai aku diaibkn dengan sebegitu rupa? aku baru berumur 7 tahun. masih mentah dan masih perlukan bimbingan mengenai kebersihan. tetapi aku sudah diasingkan dan diberitahu perihalku di khalayak ramai. cikgu2, abang2 dan kawan2 memandang sinis kpd aku.
"eii. kotornye baju budak tue"
eh eh. aku nk g skolah ke ladang neh? herm. hanya Allah sahaja yg tahu betapa malunye aku. namun sekarang. aku sedar. yang jika cikgu tidak memberitahu tentangku di khalayak ramai. tentu aku akan berulang2 kali bermain sebelum sekolah bermula. semenjak itu. aku tidak pernah bermain secara membabi-buta.
*******************************************************************************
pernah ketika berada di darjah 4. aku pernah ditampar oleh guru disiplin (dia mengajarku sains). ketika itu. kami dikehendaki menyalin apa yang dikatanya. ketika tiba part "isi tempat kosong". aku mula tidak memberikan tumpuan sepenuhnya. sebab dia tidak mengajar. tetapi suruh budak2 salin bulat2 ape yg dikatanya. bila tiba masa aku menghantar buku untuk disemak. tiba2 aku ditampar drpd cikgu aku itu (dia merupakan seorang yg panas baran. harap maklum). dia pun mengherdik kepadaku
"labah-labah ade 8 kaki!!!yang kau tulis 6 nie pahal???"
buku aku dilontarkan ke luar kelas. aku terkelu. aku tidak sangka aku akan membuat kesilapan sebegitu. mungkin aku hanya menyalin bulat-bulat apa yg ditafsir dalam otakku? atau mungkin dia yang tersalah cakap? ahhhh. dengan ingin membuktikan aku tidak bersalah. aku pun menyemak dengan kawanku. oh tidak. kesalahan itu berpunca daripada diri aku sendiri. itulah natijah yang aku terima apabila tidak menumpukan perhatian dlm kelas. selepas itu. aku jarang tidak memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelasnya. sampaikan kebanyakan dalam kelasnya aku banyak mendiamkan diri untuk mengelakkn diri daripada menerima habuan 'indah' daripadanya.
dan hasilnya. aku mendapat markah antara yang tertinggi dalam subjek itu.
*******************************************************************************
ketika aku berada di tingkatan satu. ketika itu aku ketua tingkatan. aku diberi kepercayaan penuh oleh cikgu2 yang mengajarku ketika itu. namun aku yang masih mentah telah menggunakan kepercayaan itu dengan sewenang2nya. ianya pertama kali aku buat. dan juga yang terakhir sekali. aku pernah ponteng sekolah selama 2 hari berturut-turut. aku pergi g CC untuk bermain counterstrike pada hari pertama dan pergi ke petrosains pada hari ke 2. pada hari ke 3. aku menyerahkan "surat tidak hadir ke sekolah" kepada guru tingkatanku. keesokan harinya. beliau menghubungi ibuku untuk mendapatkan kepastian sama ada aku benar2 ke Kedah (perkahwinan saudara) atau aku hanya meniru sign ibuku.
sudah terang lagi tersuluh. tembelangku pecah akhirnya. ibuku dikehendaki hadir ke sekolah untuk membincangkan hal ini dengan guru tingkatanku. aku berada di sisi ibuku ketika itu. ibuku menangis teresak-esak mengenangkan perilaku anaknya yang 'derhaka' kepada kepercayaan yang diberikan olehnya. aku merayu agar perkara ini tidak dibawakan ke pengetahuan pengetua (sebab ini merupakan kesalahan yang besar di sekolahku). guru tingkatanku bersetuju dengan syarat; aku berjanji tidak akan ponteng kelas lagi dan belajar bersungguh-sungguh demi membayar balik kepercayaan yang telah aku hilangkan. aku mengangguk bersetuju.
keluar sudah keputusan tingakatan satu. aku mendapat keputusan yang cemerlang dan layak memasuki kelas elit (4 kelas terbaik). hutangku selesai sudah. aku bersungguh-sungguh berterima kasih kepada guru tingkatanku itu. jika tidak kerana beliau. mungkin aku sudah dibuang sekolah atas rekod disiplin yang mengecewakan. oh ye. kedatangan aku pada tahun itu dan tahun-tahun selepas itu amat membanggakan. walaupun tidak mendapat sijil kedatangan penuh, tapi aku berbangga kerana semua cuti yang diambil telah diluluskan sendiri oleh doktor2 yang berkelayakan.
***********************************************************************************
tercapai sudah hasratku untuk memasuki sekolah berasrama penuh. sebenarnya bukan itu hajat sebenar aku. hajat yang asal hanyalah untuk merasai suasana dan konsep sekolah yang berlainan. agar peribadi yang lebih baik dapat dibentuk dalam diriku.
terlalu banyak yang aku belajar ketika di asrama. dari kehidupan peribadi sampailah kehidupan di sekolah. dari kebersihan katil sampailah kebersihan iman. di asrama, dengan melihat manusia yang serba-serbi peribadinya, membuatku lebih matang dalam menilai sesuatu. banyak yang aku belajar daripada guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan.
pernah satu ketika. dalam kelas bahasa inggeris. aku terlupa untuk membuat kerja rumah ketika itu. ketika guruku menyuruh sesiapa yang tidak menyiapkan kerjanya supaya berdiri. aku pun berdiri. terdapat beberapa orang berdiri bersamaku. kemudian beliau berkata (sambil tidak memandang ke arah kami).
"I don't want to see your faces. get out please"
kami terpinga-pinga. hanya diam seribu bahasa. lalu beliau menyambung
"hey, tak faham english ke? I said get out from my class kan? get out!!"
masing-masing kecut perut. tetapi nasib baik kami sempat mencapai buku yang mengandungi kerjanya itu. kami duduk di kelas yang kosong sambil menyiapkan kerja yang diberikan itu. kemudian, setelah siap, masing2 berbelah bahagi untuk kembali semula ke kelasnya dan meminta maaf atau menunggu sehingga kelasnya berakhir dan bersua dengannya. setelah 5 minit berbincang. akhirnya kami bersetuju untuk kembali semula. aku diminta untuk mengetuai "rombongan" kerana aku boleh dikatakan first time tidak membuat kerjanya. dengan berat hati, aku pun bersetuju.
sekembalinya kami di muka pintu kelas
"Assalamualaikum teacher. we'd like to apologize for the mistake that we've done. can we enter this class and let us study with our friends?"
beliau memandang kami dan bertanya kepada kelas sama ada mahu membenarkan kami kembali belajar. kelas sepakat suara mengatakan
"yes teacher!"
alhamdulillah. begitulah kisahnya. jika tidak kerana beliau, rasa-rasanya aku akan sering kali terlupa mengenai kerja rumah dan pastinya hukuman-hukuman cikgu lain lagi teruk kesannya.
********************************************************************************
keadaan di asrama pula berbeza. aku pernah dirotan dengan kuatnya kerana bangun lambat. ketika itu sudah pukul 6 dan solat subuh di surau ialah pada pukul 6.15. kesannya kekal untuk 2-3 hari. bukan aku sengaja bangun lambat. aku dah terjaga pada pukul 5.30. tetibe disebabkn tdo lambat semalam menyebabkan aku memilih untuk melelapkan untuk 5 min (budget arr. huhu). kemudian. selepas itu. aku jarang tido selepas kol 12.30. dlm kol 12.20. aku sudah mula berbaring2 di atas katil. dan aku akan set jam aku supaya berbunyi pada pukul 5.20. 10 min lg awal dari loceng umum (warden). selalunye. budak2 tak bangun lagi. tapi aku sudah pun siap berpakaian sekolah. kemudian aku akan sambung tido secara menyandar dan akan terjaga apabila warden mula memasuki bilik (xdela kantoi. huhu)
mungkin sebab itula. sampai sekarang kebanyakan waktu tidur aku adalah pada pukul 12.30 malam dan aku selalunye akan tdo selama 5-6 jam bergantung kepada keperluan. alhamdulillah. jika tidak kerana rotan berbirat tue. aku mungkin tidak dapat mendisiplinkan diri aku seperti sekarang.
*********************************************************************************
terima kasih cikgu! jasa-jasa cikgu sume amat2 saya hargai! hanya Allah sahaja yang dpt membalas segala jasa budi cikgu sume. semoga cikgu-cikgu bahagia di dunia dan akhirat. amin
94 - Tadika Capital, Jln Gurney
95-00 - S.K. St. John 2, Jln Bukit Nenas
01-03 - St John's Institution, Jln Bukit Nenas
04-05 - Sekolah Alam Shah, Putrajaya
06 - KDU College, PJ
huhu. sekian sahaja entri saya. agak panjang. nk cover tuk masa depan kot. coz exam bermula pd 14 dan hbs pd 25 june. doakan saye dan rakan2 di sini.
Salam =)
1 comment:
gile nakal ko ni! hishh..kecik2 ag dah reti uat perangai...aku nih, baekkk jeh ok! wakakakak
Post a Comment