Friday, May 23, 2008

Warkah buat Teman

Teman,
andai racun kau hulurkan,
madu akan ku pulangkan,
andai pedang yg kau hunus,
jiwaku akan ku serahkan,

Ketahuilah,
aku cuma inginkan kebaikan buatmu…
kerna kau teman seaqidahku,
kerna kau teman seperjuanganku,
kerana kau hamba Tuhanku,
kerana Allah kita bersatu.

Ketahuilah…
perjuangan ini masih panjang,
tidak usai sepagi sepetang,
sebaliknya berterusan hingga ke liang,
bertalu-talu ujian kan mendatang,
tapi ku harap kita kan tetap berpegang,
kalimah Allah terus dijulang,
dari Allah kita datang,
kepada Allah kita pulang…

Augustus ke-8, 2007 Masihi
Perth

*disumbangkan oleh seorang teman yang bersama-sama berjuang bersama saya di bumi Perth ini.

1 comment:

Anonymous said...

huhu..

saya tahu siapa!!!
sebuah karya yang ditulis ikhlas
dari hati turun ke hati
melayang dari langit ke langit.

abghakim
www.kekuatansuper.wordpress.com